Buletin

TOYOTA, DAIHATSU DAN SUZUKI JALIN KERJASAMA BANGUNKAN VAN KOMERSIAL MINI EV

Toyota dilapor akan bekerjasama dengan Daihatsu dan Suzuki untuk membangunkan van komersial elektrik serta sel bahan api bersaiz kecil. Van-van berkenaan akan dibina bagi menggalakkan penggunaan kenderaan yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat. 

Projek yang dijadual bermula pada Januari 2023 akan menyaksikan van tersebut digunakan untuk mengangkut barang di antara Tokyo dan Fukushima. 

Buat masa sekarang, kenderaan komersial bersaiz kecil di Jepun dilengkapi enjin bersesaran 600cc. Ia mewakili sekitar 60 peratus kenderaan komersial di negara itu dan digunakan di hampir seluruh negara kerana saiznya kecil. 

Toyota juga akan bekerjasama dengan Isuzu dan Hino untuk membangunkan trak sel bahan api bersaiz sederhana. Projek tersebut bakal berlangsung sehingga Mac 2030 dan diselia oleh sebuah syarikat EV komersial yang diketuai Toyota. 

Sebanyak 580 kenderaan akan dibina dalam projek ini. 

Google ads
Back to top button