Buletin

PEMANDU TRAK MOGOK, PRODUKSI KILANG HYUNDAI TURUN 50%

Produksi kilang terbesar di Hyundai menjunam sehingga separuh minggu lalu berikutan mogok yang dilakukan oleh pemandu trak. Mogok itu dilihat akan memberi impak besar kepada rantaian bekalan jika tidak diselesaikan segera. 

Pegawai kesatuan pekerja dari Hyundai memberitahu kilang Hyundai di Ulsan beroperasi di antara 50 hingga 50 peratus daripada kadar normal kerana kekurangan alat ganti. Hyundai biasanya mampu menghasilkan 6,000 unit kenderaan sehari di kilang tersebut termasuklah model Genesis dan Ioniq 5. 

Kekurangan bekalan alat ganti berlaku akibat mogok melibatkan ribuan pemandu trak yang enggan bekerja sebagai protes terhadap kenaikan harga bahan api. Tindakan itu menyebabkan aktiviti di palebuhan menjadi perlahan dan kilang tidak mendapat bekalan masing-masing. 

Di pelabuhan Ulsan yang merupakan hab industri dan menjadi pusat mogok. trafik kontena berhenti sepenuhnya sejak Selasa lalu. Sementara di Busan yang mewakili 80 peratus aktiviti kontena di Korea Selatan, trafiknya turun sehingga dua pertiga. 

Mogok itu mencetuskan gangguan kepada seluruh industri di Korea Selatan, termasuklah kenderaan, elektronik dan syarikat pembuat semikonduktor. Keadaan itu pasti memburukkan lagi masalah bekalan akibat pengeluaran yang perlahan di China dan perangan Rusia-Ukraine. 

Justeru, Hyundai terpaksa mencari pengangkutan alternatif untuk menghantar produk keluar dari kilangnya.

Malah, pekerja Kia dilihat memandu kereta yang baru siap dipasang ke gudang-gudang. Memandangkan tiada petanda bilakah mogok itu akan berakhir, maka kesannya masih belum dapat diketahui. 

Google ads
"
"
Back to top button