Buletin

JPJ DISARAN KURANGKAN CUKAI JALAN SEHINGGA 75% UNTUK KERETA BERUSIA LEBIH 15 TAHUN

Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) mencadangkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengurangkan cukai jalan sehingga 75 peratus untuk kereta berusia lebih 15 tahun, 50 peratus bagi kenderaan berusia lebih 10 tahun dan 25 peratus untuk kereta lebih lima tahun. 

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu baru-baru ini. 

Di sebalik segala cabaran yang terpaksa ditempuhi, Dr. Wee menjelaskan bahawa industri perlu terus mencari jalan untuk memperbaiki keadaan. 

“Kami mengalu-alukan inisiatif yang boleh membantu memulihkan ekonomi dan Kementerian akan melihat bagaimana kami boleh bantu memudahkan cadangan ini. Pengurangan cukai jalan ini perlu dilihat secara holistik supaya hasilnya memberi manfaat kepada golongan majoriti,” kata Dr. Wee. 

Dr Wee juga memberitahu bahawa beliau mempengerusikan Rangka Kerja Pendigitalan Bersepadu JPJ dan kini sedang melihat pendekatan terbaik untuk mendigitalkan proses JPJ. Justeru, kementerian kini meroka pilihan untuk mendigitalkan dan membolehkan lebih banyak perkhidmatan penting dilakukan secara dalam talian. 

“Kami mahukan inisiatif yang boleh memberi manfaat kepada individu dan perniagaan dengan memudahkan mereka menyempurnakan transaksi. Kementerian telahpun melancarkan sistem latihan dan ujian memandu automasi, etesting untuk menambah baik sistem ujian memandu JPJ,” katanya. 

e-aduan@jpj merupakan satu lagi platform yang dilancarkan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan, selain menguruskan aduan. Lebih banyak perkhidmatan akan ditawarkan secara dalam talian pada masa depan untuk meningkatkan kecekapan. – Star Online 

Google ads
Back to top button