Buletin

BERANG PERUBAHAN SISTEM KOMISEN, PEKERJA J&T MENGAMUK. BARANG PELANGGAN PULA JADI MANGSA

Satu klip video yang menunjukkan sekumpulan pekerja syarikat penghantaran J&T Express melakukan mogok dan membaling barang-barang daripada conveyor tular di media sosial.

Video yang dimuat naik ke beberapa aplikasi media sosial TikTok itu jelas menunjukkan beberapa orang pekerja J&T pula bertindak mambaling barang-barang ke atas timbunan barang pelanggan.

Mereka juga menjerit sebagai tanda tidak puas hati kepada pihak pengurusan syarikat.

Manakala satu lagi klip video menunjukkan longgokan barang yang dibiarkan di atas lantai di bahagian luar bangunan gudang tanpa diproses. Malah suara dalam video itu juga memberitahu barang-barang di dalam beberapa buah lori pun masih belum diturunkan.

Insiden yang didakwa berlaku di pusat J&T di negeri Utara itu berpunca akibat rasa tidak puas hati pekerja berikutan perubahan sistem komisen. Perubahan itu menyebabkan pendapatan pekerja penghantaran semakin kurang.

Setakat ini, J&T Express masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Sistem penghantarannya kini digunakan oleh Shopee, PG Mall, Oppo Malaysia, realme Malaysia dan banyak lagi.

Berikutan mogok itu, netizen menyatakan mereka tidak ada masalah jika pekerja hendak melakukan mogok. Namun, tindakan pekerja yang mencampak barang-barang dan boleh menyebabkan kerosakan hanya menganiaya penjual dan pelanggan yang tidak bersalah.

“Aku berpendapat orang Malaysia ni masih bangang dalam bab melawan kapitalis, mogok dan piket. Haritu kita nak jahanamkan Foodpanda sebab sistem bangang pun ramai melatah. Ni J&T bangang, pekerja lepas geram kat parcel customer mesti sebab takut hilang kerja. Yang rugi? Kita,” tulis seorang netizen di Twiiter yang menggunakan nama You.

Sementara Hamba Picisan pula menulis, “nak mogok, mogok jelah barang customer jarang kacau barwa. cuba kalau barang korang beli courier buat camtu ape kau rasa?”

Semoga masalah di antara pekerja dan pihak pengurusan J&T Express ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Jangan sampai korang bergaduh, pelanggan pula yang jadi mangsa.

Google ads
Back to top button