Artikel Pilihan

KILANG PAJERO KINI BERTUKAR MENJADI KILANG PEMBUATAN TISU TANDAS – PILU ADA SEDIH PUN ADA DI HATI INI

Pajero bukan calang-calang nama dalam dunia permotoran. Rekod 12 kali kemenangan dalam Rali Dakar membuktikan kehebatan nama Pajero sebagai sebuah jentera 4×4 unggul keluaran Mitsubishi. Tapi kita sedia maklum dengan lumrah dunia, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Pajero yang menjadi kebanggaan Mitsubishi dan jabatan-jabatan kerajaan di Malaysia satu ketika dahulu telah dihentikan pengeluaran pada bermula tahun 2019 di Jepun dan diikuti dengan pasaran lain selepasnya.

Kini kilang pengeluaran Pajero yang sebelum ini menjadi kebanggaan empayar Mitsubishi telah bertukar rupa sebaik sahaja ia dijual kepada syarikat Daio Paper yang menghasilkan produk berasaskan kertas seperti tisu dan tisu tandas. Oh syahdunya. Tisu tandas bey.

Sebelum kilang ini ditutup pada tahun 2020, Pajero Manufacturing Co.Ltd merupakan kilang pengeluaran terbesar di Sagahogi dalam wilayah Gifu. Malah bandar tersebut juga diberi nama jolokan Pajerotown.

Kilang ini sebenarnya bukan hanya memasang model-model Pajero tetapi ia juga merupakan hab pemasangan Delica dan trak pikap Mighty Max. Bukan itu sahaja, itu turut mengeluarkan komponen escalator dan beberapa produk Mitsubishi lain. Malah kapasitinya yang besar juga membolehkan kilang ini menghasilkan kereta untuk syarikat lain seperti Toyota dan Honda.

Khabar tentang penjualan fasiliti ini pertama kali dilaporkan oleh Nikkei dengan harga keseluruhan yang mencecah 4 billion yen (lebih kurang RM143 juta!). Dilaporkan juga yang Mitsubishi sendiri sangat memerlukan tambahan modal untuk menampung kos operasi syarikat yang kian mencabar.

Nikkei turut menambah yang Mitsubishi berdepan dengan kenaikan kos operasi sehingga 30 peratus  antara tahun 2015-2019 hasil daripada strategi naiktaraf agresif bekas pengerusi mereka, Caslos Ghosn.

Ketika zaman kemuncaknya, kilang ini berupaya mengeluarkan sekitar 170,000 unit kenderaan setahun. Ramai penduduk tempatan berharap kilang ini akan dibeli oleh syarikat automotif lain untuk memudahkan proses transisi. Siapa sangka ia akan bertukar kepada kilang tisu tandas.

Daripada 1,000 pekerja asal kilang ini, 30 peratus telah diserap masuk ke cawangan Mitsubishi Motors, 30 peratus lagi memilih untuk bekerja di kilang-kilang berhampiran dan 250 mengambil skim berhenti sukarela. Selebihnya dijangkakan untuk bersama Daio sebaik kilang ini dibuka semula.

Siapa sangka kilang yang satu ketika dahulu menghasilkan jentera-jentera penakluk Rali Dakar kini bertukar penjadi produk untuk membersihkan *tuuuut*. Agak-agak kilang canggih macam Tesla tu satu hari nanti jadi kilang apa ya?

Kredit japanesenostalgiccars.com

Google ads
Back to top button