Buletin

MAZDA NAK BAGI 50 UNIT MX-5 MIATA EDISI KHAS ULANG TAHUN KE-100 KEPADA HERO BARISAN HADAPAN

Pandemik Covid-19 banyak menjejaskan kehidupan masyarakat dunia. Begitupun, dalam masa sukar ini masih ada lagi manusia berkorban masa dan nyawa memberikan khidmat terbaik mengharungi penularan wabak berkenaan.

Dalam menghargai pengorbanan pekerja barisan hadapan, pengeluar kenderaan Mazda mengadakan satu program Mazda Heroes.

Program berkenaan akan menghadiahkan sebanyak 50 unit MX-5 Miata edisi khas ulang tahun ke-100 kepada mereka yang terpilih.

“Pada tahun ini, Mazda menyambut ulang tahun ke-100. Kami berharap ia dapat melakar momen perayaan dan penghargaan kepada para peminat, pekerja dan rakan kongsi.

“Bagaimanapun, disebabkan terdapat banyak insiden tragik pada tahun ini, kami mengambil keputusan menyambut melalui pendekatan lain.

“Dengan warisan unik jenama ini, kami berusaha menjadikan keadaan lebih baik,” kata Presiden Operasi Amerika Utara Mazda, Jeff Guyton.

Program Mazda Heroes akan menerima penyertaan sehinga 25 Oktober ini mengenai kisah-kisah menarik tentang individu yang melakukan kebaikan pada tahun 2020.

Mereka tidak semestinya barisan hadapan kesihatan. Sebagai contoh, syarikat memberitahu terdapat seorang guru yang berusaha keras meningkatkan pembelajaran jarak jauh atau seseorang mengambil tugas mendapatkan peralatan pelindung diri untuk orang ramai juga layan menerima anugerah ini.

Mazda akan mengumumkan para pemenang pada 2 Disember tahun ini.

MX-5 Miata edisi khas ulang tahun ke-100 merupakan model meraikan kewujudan Mazda selama seabad sejak 30 Januari 1920 ketika Toyo Cork Kogyo Co. Ltd.

Model ini dipadankan dengan warna putih (Snowflake White Pearl Mica) malah didatangkan bersama lencana 100 tahun 1920-2020 di bahagian fender hadapan.

Pelindung tayar turut memiliki logo ulang tahun berwarna merah dan hitam. – agensi

Google ads
Back to top button