Artikel Pilihan

PERLUKAN KENDERAAN UNTUK BERKELANA – MACAM MANA DENGAN BMW 7-SERIES E65?

Kalau dibandingkan dengan BMW 7-Series terkini, generasi E65 sudah boleh dianggap agak ketinggalam zaman. Sedan flagship BMW ini asalnya dihasilkan sebagai model mewah dengan keselesaan yang sesuai dengan pemimpin dunia dan tokoh-tokoh korporat yang berjaya.

Kini siapa pun boleh beli kerana harga terpakainya memang dah murah sangat. Tinggal lagi sanggup ke tidak nak selenggara. Nun jauh di Prague, Republik Czech, sebuah 7-Series telah menjalani kehidupan yang berbeza bila diubahsuai menjadi model off-road oleh pemiliknya.

Modifikasi unik E65 ini diasaskan daripada varian 730d LCI yang sebelumnya digunakan sebagai kenderaan kedutaan. Pemilik semasa dan terkini membelinya pada perbatuan 540,000 kilometer dan kotak gear yang rosak. Mesti dapat dengan harga murah ni.

Dilihat dari jauh pun kita dah tahu E65 Overland ini memang berbeza dari 7-Series lain berdasarkan liveri Rothmans berwarna biru dan perak. Korang kenal ke Rothmans ni syarikat apa? Kat Petaling Jaya ada satu bulatan Rothmans di Seksyen 14. Modifikasi lain termasuklah kelengkapan khemah bumbung dan empat lampu sorot ala rali pada bahagian gril hadapan.

Paling berbeza dan menonjol sekali tentulah rim-rim aloi ala perlumbaan rali dengan tayar Yokohama Geolander yang memang menjadikan sedan mewah ini lebih rugged.

Untuk memastikan ia ngam dengan E65 Overland ini, keseluruhan chasis perlu ditinggikan kepada dua inci. Suspensi hadapan kini dialas dengan galas polyurethane dan tapak atasnya diubahsuai untuk menyelaraskan alignment akibat ketinggian yang berbeza berbanding asal. Spring juga turut dinaiktaraf untuk meningkatkan lagi keupayaan sedan offroad ini.

Enjin turbodisel 3.0 liter ini dikekalkan dalam keadaan standard tapi sistem kawalan emisinya telah dibuang supaya lebih lancar. Marah geng-geng pencinta alam kakau depa tau ni.

Kuasa maksima enjinnya juga telah dinaikkan dari 228hp ke 282hp melalui proses ECU remap. Kotak yang rosak dibaiki dan solenoid diganti baharu. Kuasa dihantar ke tayar belakang dengan bantuan LSD. Pemilik merancang untuk menaiktaraf kepada Quaife Torsen LSD di masa akan datang.

E65 ini sudah diuji pada Disember tahun lepas bila ia dipandu ke Sweden dan Norway menghampiri Artic Circle. Ekspedisi tersebut dianggap agak berjaya dan pemilik merancang lebih banyak ekspedisi untuk E65 Overland selepas ini.

Best jugak buat kereta projek macam ni. Nanti cukup bajet korang tengoklah abang buat Alza 6×6 pulak. Siap ekzos keluar dari bumbung terus.

Google ads
Back to top button