
KAJIAN DAPATI KENDERAAN PALING HIJAU BUKANNYA EV – ABANG DAH AGAK LAMA DAH
Ranking kereta paling hijau ataupun GreenerCars ranking sudah pun keluar dan menariknya ia dimenangi oleh kenderaan yang berkuasa petrol. Tempat kedua hingga kelima memang menjadi milik EV cuma kami nak bagitahu kalau kena caranya tak ada masalah pun untuk kita terus gunakan kereta dengan enjin ICE. Kajian ini dijalankan oleh American Council for an Energy-Efficient Economy ataupun ACEEE.

Penarafan ‘hijau’ pada sesebuah kereta mengambil kira beberapa faktor antarnya ialah kos bahan api sepanjang tahun, bagaimana efisyen sebuah kenderaan dari segi aerodinamik dan pelbagai faktor lain.
Untuk mengira markah GreenerCars, ACEEE membuat penilaian kepada setiap model tahun 2024 berdasarkan kesannya ke atas kesihatan manusia. Dari pencemaran udara sewaktu pembuatan kenderaan sehinggalah ke pelupusan, pengeluaran dan pengedaran bahan api ataupun kuasa elektrik dan akhir sekala emisi dari ekzos kenderaan.

Dan pemenang tempat pertama senarai GreenerCars ialah Toyota Prius Prime SE dengan 71 markah. Berdasarkan anggaran ACEEE, Prius Prime ini cuma memerlukan sekitar USD529 (RM2,501) setahun untuk petrol. Ia merupakan kemenangan kali ketiga Prius dan ia dibantu oleh rekabentuknya, teknologi dalaman dan berat keseluruhan yang ideal.
Rekaan yang bagus tapi berat yang berlebihan tidak akan memberikan hasil yang baik tapi Prius menang dalam kedua faktor tersebut. Bateri yang besar mungkin mampu mengurangkan emisi karbon tapi ia tidak bermakna kereta tersebut cukup ‘hijau’. EV bersaiz besar memang diketahui umum mempunyai berat yang boleh dikirakan sebagai obes.
Lexus RZ 300e ditempat kedua dengan markah 67 diikuti MINI Cooper SE dengan markah yang sama. Perbezaan antara keduanya ialah pada anggaran kos elektrik yang lebih tinggi untuk MINI Cooper SE. Nissan Leaf dan Toyota bZ4X melengkapkan tempat keempat dan kelima keseluruhan.


