Artikel Pilihan

TURBOCAJ BERKUASA ELEKTRIK. KONFEM MAHAL BIL LETRIK MERCEDES NI!

Minggu lepas kawan penulis menghantar mesej wasap kepada penulis berkenaan satu peranti yang berbentuk kipas dalam kereta yang baru dibelinya. Pemilik mendakwa kipas tersebut bertindak seperti turbo. Kalau penulis jumpa pemilik kereta yang memasang kipas tersebut, nescaya penulis akan karate halkumnya sebanyak tiga kali.

Dalam dunia ini hanya 2 pengeluar kereta sahaja yang berjaya menghasilkan sistem turbo yang dikuasakan dengan elektrik iaitu Audi dan juga Mercedes. Kedua-dua syarikat tersebut yang berasal dari Jerman menghasilkan satu sistem supercaj yang dijana dengan tenaga elektrik, bukannya tali sawat yang bersambung dengan flywheel enjin.

Sebaik sahaja mendapat kuasa daripada sistem elektrik 48 Volt, supercaj ini mampu berputar sehingga 75,000 RPM dalam masa 0.025 saat memberikan boost yang cukup pantas. Tujuan utama sistem ini dicipta ialah untuk menghapuskan terus masalah turbolag yang sinonim dengan teknologi turbo.

Enjin AMG M139

Bagi Mercedes sistem ini digunakan pada enjin M256 6 silinder sebaris 3000cc yang dipasang pada model Mercedes GLE 450. Untuk satu model termahal kami yakin Mercedes tiada masalah untuk memasang sistem ini. Bayangkan bagi sistem ini berjalan lancar Mercedes perlukan pendawaian 48 volt, sistem bekalan kuasa 48 volt yang disimpan dalam bateri, sistem pengecasan 48 volt, turbocaj dan juga supercar.

Tapi Mercedes pandai, dia suruh jurutera lelaki yang memang sukakan jalan pintas untuk ringkaskan sistem ini. Kalau dia suruh perempuan buat, lagi bertambah kompleks adalah, suis tekan sekali pun ko tibai tekan 3 kali. Berbalik pada sistem ini, jurutera Mercedes mendapati bagi meringkaskan sistem ini mereka hanya perlu mengeluarkan supercaj dari sistem.

Fungsi supercaj yang digunakan untuk menghapuskan masalah turbolag akan diambil oleh sistem turbocaj dengan kuasa elektrik 48 volt. Seorang jurucakap Mercedes mengesahkan sistem turbo serba baru ini bakal dipasang pada varian AMG 2000cc M139. Turbo akan menggunakan motor elektrik yang dipasang pada aci turbo (turbo shaft)

Turbo ini dibangunkan dengan kerjasama pengeluar turbo Garret menggunakan konsep yang sama dengan teknologi MGU-H dalm perlumbaan F1. Ia masih menggunakan gas ekzos bagi mengekstrak tenaga kinetik yang masih ada pada gas ekzos namun pada permulaan operasi dimana tekanan yang dihasilkan oleh sistem masih lagi rendah, motor elektrik akan memainkan peranan utama

Motor elektrik ini akan terus berputar walaupun pemandu sudah melepaskan kaki dari pedal minyak. Situasi ini sangat menguntungkan pemandu dalam keadaan memerlukannya memperlahankan kereta, dimana motor elektrik yang sentiasa berputar akan menghasilkan boost yang cukup sebaik sahaja ia mula memecut keluar daripada selekoh. Dah tak perlu pakai sistem macam Hyundai

Dari mana motor elektrik akan mendapat bekalan kuasa elektrik? Bagi kami terangkan kepada anda sistem MGU-H yang merupakan singkatan kepada Motor Generator Unit-Heat di mana motor elektrik dalam sistem turbo bekerja 2 dalam satu. Satu fungsi ialah untuk menggerakkan turbiin bagi menghasilkan boost, dan satu lagi fungsi ialah untuk menjana bekalan elektrik sendiri apabila turbin berputar dengan laju

Tenaga kinetik yang terhasil daripada putaran sistem turbo yang berlebihan akan ditukar menjadi tenaga elektrik, disimpan dalam sistem bateri dan akan digunakan kembali bagi menggerakkan motor elektrik berkuasa 48 volt ini. Maknanya sistem turbo elektrik ini boleh menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga elektrik ini akan digunakan kembali untuk memutarkan sistem turbo.

Jadi jangan risau, bil letrik rumah anda tidak akan melambung tinggi dengan teknologi ini. Teknologi ini berasal dari kajian dalam perlumbaan Formula 1 dan akan digunakan pada kereta jalanan. Power kejuruteraan Mercedes ini. Dengan menggunakan sistem turbo konvensional, enjin M139 ini mampu menghasilkan 414 kuasa kuda dan 500Nm tork.

Namun jurutera Mercedes berkata pengenalan sistem turbo elektrik bersaiz 1.6 ini bukanlah bertujuan untuk meningkatkan lagi kuasa kuda namun ia bertujuan menghapuskan terus masalah turbolag, meningkatkan respon enjin, melebarkan lagi tork dalam operasi enjin serta meningkatkan kecekapan enjin. Sistem turbo elektrik ini mampu berputar sehingga 170,000 RPM bagi membekalkan aliran udara yang cukup laju kepada enjin

Sistem ini juga bakal digunakan pada enjin hypercar Mercedes AMG One, namun hypercar ini menggunakan sistem turbo elektrik bersama-sama dengan enjin asal perlumbaan F1 tahun 2017.

Google ads
Back to top button