
PERMINTAAN TINGGI & KILANG”SLOW”. PEMBELI SUZUKI JIMNY TUNGGU 42 BULAN
Suzuki Jimny Nomade empat pintu telah terbukti sangat popular di kalangan pembeli Jepun, sehingga memaksa pembuat kereta itu menangguhkan tempahan buat sementara waktu pada ketika ini. Permintaan yang diterima sangat menggalakkan sehingga Suzuki tidak mempunyai pilihan selain menghentikan tempahan buat sementara waktu
Hanya 4 selepas mengumumkan pelancaran Jimny Nomade di Jepun, Suzuki sudahpun menerima sebanyak 50,000 tempahan dalam tempoh yang singkat. Memandangkan pengeluaran pengeluaran untuk Jepun kini dihadkan pada 1,200 unit sederhana sebulan, pembeli terpaksa menunggu kira-kira tiga setengah tahun sebelum menerima Jimny Nomade yang ditempah
Dalam siaran di laman web rasminya, Suzuki mengeluarkan permohonan maaf berikut kepada bakal pembeli yang terperangkap dalam isu ini:

“Kami memohon maaf kepada bakal pelanggan yang mempertimbangkan pembelian Jimny Nomade berikutan penangguhan pesanan. Ribuan terima kasih diucapkan kerana berminat dengan produk kami. Jimny Nomad telah diterima dengan baik, dan kami telah menerima tempahan yang jauh melebihi kapasiti pengeluaran kami.
Akibatnya, kami akan menangguhkan pesanan Jimny Nomade buat sementara waktu. Kami akan memberikan kemas kini tentang bila pesanan akan dibuka semula, dengan mengambil kira situasi pengeluaran masa hadapan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini dan menghargai toleransi anda.”
Berbeza dengan Suzuki Jimny asal yang direka dengan 3 pintu, Suzuki Jimny Nomade datang dengan rekaan 5 pintu yang lebih besar, praktikal dan lebih luas.
Bagi ciri SUV lasak yang ideal, ruang gantung depan (front overhang) adalah sama dan jarak kelegaan dengan permukaan jalan kekal pada 210mm. Sudut mendaki di depan ditetapkan pada 36 darjah manakala sudut pelepasan belakang adalah 47 darjah

Hanya sudut tanjakan telah direndahkan dari 28 darjah ke 25 darjah disebabkan jarak antara roda dipanjangkan menjadi 2590mm
Enjin petrol aspirasi normal 1500cc 4 silinder yang menjana 103 kuasa kuda dan 134Nm tork masih lagi sama dengan varian 3 pintu. Pembeli boleh memilih samaada transmisi manual 5 kelajuan ataupun 4 kelajuan automatik yang akan dipadankan dengan sistem pacuan 4 roda lengkap dengan transfer case
Model ini akan dijual di Jepun dengan harga permulaan 17,200 USD (RM 77,000) atau 3,700 USD lebih mahal berbanding dengan Suzuki Jimny Sierra 3 pintu
Jarak roda yang lebih panjang dan set pintu tambahan menjadikan kenderaan off-road kecil Suzuki lebih praktikal dan boleh memuatkan penumpang dengan lebih selesa tanpa mengorbankan ciri lasak Jimny. Walaupun 340 mm lebih panjang daripada versi tiga pintu, Jimny Nomade mengekalkan rekaan kompak 3,890 mm bagi panjang keseluruhan
Suzuki Jimny Nomade dibina di kilang Gurugram Suzuki di India dan akan dieksport ke pasaran di luar termasuk dihantar semula ke Jepun, Asia Tenggara, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Walaupun Suzuki menyasarkan untuk memenuhi pesanan semasa secepat mungkin,masih belum ada kata putus dari Suzuki bilakah tempahan baru boleh diterima. Penghantaran pertama di Jepun ditetapkan pada 3 April.
Sebagai tindak balas kepada permintaan yang amat menggalakkan, Suzuki juga telah membatalkan semua acara pameran yang dirancang untuk Jimny Nomade di Jepun.