Buletin

PELAKON AZHAN RANI PERSOAL NAK KEJE NAIK APA? X70 JERKING, MASIH DI PUSAT SERVIS

Pelakon Azhan Rani yang merupakan pemilik PROTON X70 melahirkan rasa kurang senang apabila kenderaan miliknya mula ‘buat hal’.

Melalui laman Facebook pelakon drama Nur itu, dia memberitahu selepas dua tahun menggunakan SUV terbabit,  ia mula menunjukkan tanda jerking terutama apabila menggunakan gear rendah.

“Katanya, ni memang masalah biasa X70. Dah seminggu lebih dia kat service center. Tadi aku call katanya mungkin 2 ke 3 minggu lagi aku kena tunggu. diaorang try repair and test.

“Kalau ok aku dapat balik. Kalau tak ok aku kena tunggu lagi tak tau berapa lama lagi untuk diaorang issue gear box yang masih under warranty lagi tu.

“Pastu aku nak kerja naik apa? Grab? Pastu bulan2 tetap kena bayar bank kan?

Pendukung watak Ustaz Hamadi itu turut mempersoalkan mengapa masih menjual kalau terdapat masalah.

“Pastu dah problem kenapa jual lagi. eh malas la nak pikir .nak nyanyi jap…dah jangan kacau aku,” tulisnya. – FB AZHAN RANI

Google ads
Back to top button