Artikel Pilihan

KENAPA ENJIN PROTON X50 & PROTON X70 BERBUNYI BISING? ENJIN KANCIL PUN BISING

Baru-baru ini penulis ada terbaca berkenaan dengan satu rungutan pemilik Proton X50 di laman media sosial yang menyatakan enjin X50 yang dimilikinya menghasilkan bunyi yang kuat. Tapi sebaik sahaja dia memasuki kabin penumpang dan menutup pintu, bunyi tersebut hilang.

Untuk pengetahuan pembaca, Proton X50 dikuasakan dengan 2 pilihan enjin samaada enjin 1.5T atau 1.5 TGDi yang menghasilkan kuasa berbeza. Varian 1.5T menjana 148 kuasa kuda dan 225Nm tork manakala varian TGDi yang digunakan pada varian Flagship menghasilkan 175 kuasa kuda dan 255Nm tork.

Malah enjin 1.5TGDi ini juga digunakan oleh 4 varian Proton X70. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan enjin 3 silinder ini 1.5TGDi ini di SINI. Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan oleh pemilik tadi, bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin ini adalah disebabkan rekaan dan cara enjin ini beroperasi

TGDi merupakan singkatan kepada Turbocharged Gasoline Direct Injection, menerangkan dengan tepat bagaimana enjin ini beroperasi. Petrol dalam enjin ini akan disuntik terus ke dalam silinder pada lejang mampatan. Enjin 1.5T pula akan memancitkan petrol di luar silinder kerana sistem EFI dipasang di luar silinder

Berbeza dengan enjin 1.5T, enjin TGDI hanya akan memampatkan udara sahaja dan ketika akhir lejang mampatan petrol akan dipancitkan pada tekanan tinggi. Sistem suntikan enjin TGDI dipasang di dalam silinder dan sistem ini dinamakan Direct Injection.

Campuran ini tadi akan dinyalakan dengan percikan elektrik daripada palam pencucuh dan menyalakan campuran petrol dan udara bertekanan tinggi. Cara kerja enjin suntikan bahan api terus ini adalah sama seperti enjin diesel yang memerlukan sistem suntikan bahan api tekanan tinggi untuk memancitkan bahan api di dalam silinder

Penulis tiada data berkenaan dengan berapakan nilai tekanan yang digunakan oleh enjin Proton X50. Tapi untuk perbandingan enjin GM yang menggunakan sistem EFI hanya mengenakan 40 psi untuk menghantar petrol. Tapi bagi enjin suntikan bahan api terus milik GM, nilai ini meningkat kepada 1740 psi. Ia merupakan satu perbezaan yang cukup besar bunyi yang ada dengar ialah bunyi fuel pump beroperasi

Faktor kedua ialah solenoid yang mengawal aliran petrol terutama untuk kegunaan pam petrol tekanan tinggi dan juga pemancit adalah lebih kuat dan lebih bising pada enjin TGDi. Bagi mengatasi isu bunyi ini, kebanyakan pengeluar menggnakan bahan penebat yang lebih tebal di sekitar komponen fuel rail

Jadi anda sudah tahu kenapa kenderaan yang dipasang dengan enjin suntikan bahan api terus dan isu ini melibatkan pelbagai jenama seperti Proton, Mazda, Nissan dan juga Hyundai anda akan dapati enjin suntukan bahan api terus (TGDi) menghasilkan sedikit bunyi yang kuat jika dibandingkan dengan enjin suntikan EFi

Google ads
Back to top button