Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG PROTON X90, SUV SEGMEN D 7 TEMPAT DUDUK

Proton hanya memiliki 1 model yang mampu memuatkan 7 penumpang dalam satu masa iaitu Proton Exora dan masih dijual pada hari ini. Dilancarkan pada tahun 2009, Exora sudah memasuki tahun ke 14 pengeluaran dan masih tiada tanda pengganti Exora akan dilancarkan.

Namun Proton sudahpun giat membangunkan sebuah lagi SUV yang setakat ini dikenali dengan nama X90 dengan kapasiti 7 penumpang. Jadi berdasarkan cara penamaan Proton yang terkini, kita boleh anggap X90 adalah jauh lebih besar dari Exora dan X70.

1. Segmen – X90 merupakan sebuah SUV dengan 3 baris tempat duduk, lebih besar daripada X50 yang berada dalam segmen B dan juga lebih besar daripada X70 yang berada dalam segmen C. Besar kemungkinan X90 berada dalam segmen D, sama seperti Mazda CX-8 dan juga Hyundai Santa Fe

2. Saiz – berdasarkan laman sesawang Geely Filipina, X90 akan datang dengan panjang 4825mm dan juga jarak antara roda pula ditetapkan pada 2815mm. Manakala lebar X90 pula ialah 1900mm dan tinggi pula ialah 1785mm

3. Pilihan trenkuasa – calon pertama semestinya enjin 1800cc 4 silinder turbo yang menjana 181 kuasa kuda dan 330Nm tork pada 1750RPM. Tapi seperti yang kita tahu, ia merupakan enjin yang agak lama jika dibandingkan dengan unit 1500cc 3 silinder.

Walaupun hilang 1 silinder, enjin ini masih mampu menawarkan 175 kuasa kuda dan 255Nm tork pada 1500RPM. Malah ketika memandu uji X70 AWD dulu, penulis langsung tidak berasa kehilangan kuasa ataupun gegaran pada enjin memandangkan unit 3 silinder ini dipasang dengan pengimbang pada aci engkol

3. Transmisi – samaada enjin 1800cc ataupun enjin 1500cc 3 silinder, ia akan digandingkan dengan transmisi 7 kelajuan klac berkembar. Gear DCT ini jauh lebih cekap jika dibandingklan dengan gear 6 kelajuan automatik yang biasa. Seperti yang kita sedia maklum, enjin 1500cc dan transmisi 7 kelajuan automatik ini boleh dihasilkan di fasiliti Proton Tanjung Malim

4. Mild Hybrid – tapi pada masa yang sama kita tak boleh menolak yang Proton mungkin menawarkan teknologi mild hybrid 48Volt bagi X90. Teknologi mild hybrid ini akan memanjangkan operasi start stop serta mematikan enjin sewaktu dipandu santai bagi menjimatkan bahan api.

Malah dengan gandingan sistem hibrid, ia bukan sahaja menjimatkan bahan api tapi menawarkan 187 kuasa kuda dan 300Nm tork dari gabungan enjin serta motor elektrik. Pada hemat kami ia hanya akan ditawarkan pada varian paling premium sahaja

5. Cesi – X90 akan menggunakan brek cakera berliang depan, brek cakera belakang, brek parkir elektrik, suspensi McPherson di depan dan torsion beam di bahagian belakang. Bagi pasaran Filipina, MultiLink telah dipilih tapi masih menawarkan ruang kargo yang luas dan ruang untuk tayar space saving untuk kecemasan

6. Luas – jika semua kusyen digunakan, ia masih menawarkan 257 liter ruang kargo, mejadi 1200 liter jika kuysen barisan ketiga dilipat dan meningkat kepada 2050 liter jika kusyen barisan kedua dilipat. Kusyen pula disusun dalam konfigurasi 2+3+2 dengan kusyen barisan kedua adalah 3 kusyen individu serta 3 poin ISOFIX untuk memasang kerusi bayi

7. Ciri moden – terdapat 3 mode pemanduan yang boleh dipilih samaada Eco, Normal ataupun Sport. Sistem multimedia terdiri daripada 8 pembesar suara dan juga skrin terapung sebesar 12.3 inchi. Sistem penyaman udara pula menawarkan 3 zon suhu berbeza dengan setiap barisan tempat duduk mendapat corong penyaman udara sendiri

8. Aspek keselamatan – berdasarkan trend yang ada pada X70, besar kemungkinan menawarkan sistem ADAS, brek AEB, amaran brek pra-perlanggaran, Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning, Sistem Amaran Titik Buta, dan juga Intelligent High Beam Control

9. Ciri moden lain – berdasarkan model X50, besar kemungkinan X90 menerima pelbagai ciri mewah lain seperti sistem parkir automatik, bumbung panaromik, sistem arahan suara Hi Proton, lampu depan dan belakang dengan teknologi LED.

10. Harga – bagi pasaran Filipina, X90 dijual dengan harga pengenalan RM 103,820 bagi varian terendah dan varian tertinggi ditawarkan dengan harga 114,131. Mungkin harga untuk pasaran Malaysia akan menjadi lebih tinggi jika lebih banyak pelbagai ciri moden ditambah terutama ciri mild hybrid. Anggaran kami harganya akan menjangkau sehingga RM 140,000 bagi varian premium

Google ads
Back to top button