Buletin

POLIS THAILAND TUMPAS SINDIKET KENDERAAN GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU

Polis Thailand baru-baru ini berjaya menumpaskan sindiket kenderaan tidak sah yang menggunakan pendaftaran palsu.

Operasi ini melibatkan serbuan di empat lokasi yang berjaya menemui lebih 2,000 pendaftaran kenderaan palsu, termasuk satu nombor pendaftaran digunakan untuk 26 kenderaan berbeza.

Operasi yang dijalankan semalam melibatkan Bahagian Pembanterasan Jenayah dan Jabatan Pengangkutan Darat (DLT).

Empat individu telah ditahan, dan lebih 30 kenderaan termasuk kereta dan motosikal, bersama plat nombor palsu telah dirampas.

Menurut Pegawai kanan, Sopon Saraphat, menyatakan bahawa operasi ini penting kerana terdapat banyak kenderaan tidak sah yang menggunakan plat nombor palsu di jalan raya.

Tambahnya lagi, ada di antaranya menggunakan nombor pendaftaran yang sama pada 26 kenderaan berbeza.

Kenderaan dengan pendaftaran palsu ini sering digunakan dalam aktiviti haram seperti penyeludupan dadah, penyeludupan pendatang tanpa izin, dan pengangkutan senjata haram.

Operasi ini juga merupakan kesinambungan daripada siasatan terdahulu berkaitan dengan rangkaian yang dikenali sebagai “Madam Mali”, di mana ia terlibat dalam eksport kenderaan dengan pendaftaran palsu ke negara jiran.

Dalam serbuan di wilayah Loei pada 26 September tahun lepas, polis menemui lebih 2,000 item data kenderaan yang dipercayai palsu dan dijual kepada pelanggan.

Google ads
Back to top button