
WDW2024: FRANCESCO BAGNAIA TAPAU RACE OF CHAMPIONS
Antara tarikan utama di World Ducati Week 2024 yang berlangsung hujung minggu lalu adalah perlumbaan Race of Champions yang membariskan pelumba Ducati dari kem MotoGP dan WorldSBK bertarung di Litar Misano.Â

Kesemua pelumba turun dengan jentera Ducati Panigale V4 generasi terbaru dan hanya dibezakan dengan livery pasukan masing-masing.
Edisi kali ini menyaksikan pelumba Ducati dan dua kali juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia muncul juara setelah berjaya mengetepikan cabaran Andrea Iannone dan Marc Marquez selepas 10 lap.

Bagaimanapun, Race of Champions yang dianggap sebagai perlumbaan ‘exhibition’ ternyata tidak menghampakan apabila berlakunya insiden melibatkan Marquez dan pelumba WorldSBK, Nicolo Bulega.
Bulega kemalangan di selekoh terakhir sekaligus membenarkan Marquez melengkapkan podium di kedudukan ketiga.

Keputusan penuh perlumbaan Race of Champions seperti berikut:
- Francesco Bagnaia
- Andrea Iannone
- Marc Marquez
- Marco Bezzecchi
- Fabio di Giannantonio
- Michael Ruben Rinaldi
- Franco Morbidelli
- Enea Bastianini
- Jorge Martin
- Michele Pirro
- Alex Marquez
- Alvaro Bautista
- Danilo PetruciÂ
- Glenn Irwin
- Nicolo Bulega *DNF