Peranti

ACER MALAYSIA LANCAR NITRO 5 DENGAN AMD RYZEN. LEBIH KUASA, BERMULA RM3,699

Acer Malaysia baru-baru ini memperkenalkan komputer riba Nitro 5 yang telah dikemas kini yang menjanjikan  prestasi pantas dan cekap. Acer Malaysia juga menganjurkan kempen Zero to Nitro yang membolehkan rakyat Malaysia turut serta dan berpeluang membawa pulang sebuah monitor!

Komputer riba permainan popular Acer itu menerima peningkatan ketara dengan pemproses mobil AMD Ryzen™ 9 5900 HX dan sehingga NVIDIA® GeForce® RTX 3080. Ini bagi memberikan kombinasi cukup berkuasa kepada peminat permainan video. 

Melengkapkan peranti ini adalah dua slot bagi M.2 PCIe dan dua lagi bagi slot 3200MHz DDR4 yang membolehkan pemain meningkatkan kapasiti RAM sehingga 32GB. Memandangkan kepantasan sangat penting bagi pemain permainan video, Acer Nitro 5 didatangkan dengan sokongan Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600.

Dengan nisbah 80% skrin ke badan dan 7.02mm bezel nipis, Nitro 5 baharu mempunyai paparan 15.6 inci yang menyokong sehingga 165Hz kadar segar semula pada resolusi QHD. 

Bagi pemain yang ingin mendapatkan kadar segar semula lebih tinggi, ia boleh menyokong sehingga 360Hz pada resolusi FHD. Dengan masa tindak balas (respon) 3 ms, visual adalah jelas dengan minimal ghosting.

Acer Nitro 5 telah merombak sistem aliran udara panas dengan dua kipas dan empat saluran ekzos yang ditempatkan secara strategik bagi memastikan Nitro 5 sentiasa sejuk. Acer CoolBoost™ dan NitroSense membolehkan pemain untuk memantau kelajuan kipas dan meningkatkannya apabila perlu bagi mengoptimumkan prestasi keseluruhan. 

Enam varian Nitro 5 akan tiba di Malaysia di dalam 3 fasa dan pra-tempahan akan dibuka di kedai dalam talian rasmi Acer yang terpilih. Promosi pra-tempahan adalah berbeza bergantung kepada fasa-fasa itu dan promosi tersebut merangkumi hadiah percuma bernilai sehingga RM1,000 serta diskaun tambahan sebanyak RM100 dari kedai terpilih di Shopee. 

Harga dan fasa pra tempahan Nitro 5 adalah seperti berikut: 

Tidak kira fasa pra-tempahan, pelanggan yang membeli mana-mana peranti ini layak untuk menebus hadiah percuma, termasuk eDompet Touch ‘n Go bernilai sehingga RM200 atau kredit Boost di https://www.a-redemption.com/. 

Setiap penyertaan sepanjang tiga fasa ini akan berpeluang memenangi ubah suai #CreateYourDreamSpace oleh Woody Lab bernilai sehingga RM21,000 setiap satu daripada 3 kategori iaitu Produktiviti, Pembelajaran dan Permainan Video.

Google ads
Back to top button