
GUNA CEK PALSU BELI PORSCHE 911 TURBO. CETAK SENDIRI KAT RUMAH. YAKINNYA KAMU!!!
Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat membeli sebuah Porsche baharu menggunakan cek yang dicetak menggunakan komputer di rumah.
Menurut laporan Palm Beach Post, Casey William Kelley, 42, melakukan perbuatan tersebut di kedai pengedar kereta berdekatan Okaloosa County pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, sehari selepas pembelian kereta model 911 Turbo bernilai AS$140,000 (RM590,870), lelaki itu diberkas ketika cubaan membeli beberapa jam mewah jenama Rolex menggunakan cek palsu di Miramar Beach.
Selepas menjual Porsche, pengedar kedai gagal menunaikan cek Kelley dan membuat laporan polis berhubung kecurian jentera tersebut.
Bagaimanapun, kedai tukang emas, memilih menyimpan jam dan menunggu sehingga mendapat kelulusan wang terlebih dahulu. Apabila cek dikembalikan sebagai palsu, juruwang kedai membuat laporan polis.
Dia ditangkap kerana mencuri kenderaan bermotor dan menggunakan cek palsu.
Menurut pihak polis, lelaki tersebut mengaku kepada pihak berkuasa bahawa dia mencetak cek berkenaan di rumah. – agensi
- BACA: PORSCHE 911 TURBO 1975 INI MASIH BERNAFAS WALAUPUN SELEPAS CATAT 1.165 JUTA KILOMETER PERBATUAN
- BACA: SELAMAT TINGGAL JURUTERA LEGENDA PORSCHE, HANS MEZGER 1929-2020
- BACA: PORSCHE 911 GT3 RS BARAI ANGKARA PERUSUH
- BACA: PORSCHE BERI BONUS RM42K, TAPI MINTA PEKERJA DERMA KEPADA PROGRAM BANTUAN COVID-19








