Buletin

KERAJAAN NEGERI DI INDIA GIAT LOBI TESLA UNTUK MELABUR

Kerajaan negeri Maharashtra di India kini dilapor sedang berunding dengan Tesla untuk melabur di sana.

Menurut tweet yang dihantar oleh Menteri Pelancongan Maharashtra, Aaditya Thackerray, dia dan Menteri Perindustrian, Subhash Desai telah membuat panggilan video untuk membincangkan pelaburan di negeri tersebut.

“Petang tadi, saya berpeluang turut sama dalam satu panggilan video dengan Menteri @Subhash Desai ji dan Tesla untuk menjemput mereka datang ke Maharashtra. Kehadiran saya bukan sekadar untuk pelaburan, tetapi saya memang yakin dengan mobiliti elektrik dan lestari,” tulisnya.

Menurut laporan media tempatan, Tesla kini dalam fasa awal berunding dengan jabatan industri kerajaan negeri Kartanaka untuk membina sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan di Bengaluru.

“Tesla menunjukkan minat untuk melabur dalam pembinaan sebuah pusat R&D di Kartanaka. Perbicangan bagaimanapun masih di peringkat awal,” lapor media berkenaan.

Perkembangan itu hadir selepas Ketua Pegawai Ekskutif Tesla, Elon Musk mendedahkan hasratnya untuk membawa kenderaan Tesla ke pasaran India pada Januari 2021.

“Kami mungkin akan menyediakan konfigurator tempahan pada Januari,” kata Musk.

Google ads
Back to top button