Buletin

PORSCHE 911 JAHANAM. REMAJA DITAHAN POLIS

Sebuah jentera Porsche 911 yang dipandu remaja lelaki remuk apabila terbabas di Tonyrefail, Rhondda Cynon Taf, Wales.

Pihak polis menahan remaja lelaki berkenaan yang dipercayai memandu Porsche 911  salah seorang ahli keluarganya tanpa kebenaran sehingga mengakibatkan kerosakan teruk pada jentera dianggarkan bernilai £82,000 (RM451,823) .

Dalam kejadian pada awal pagi Jumaat lalu, kereta mengalami kerosakan di bahagian kiri, bampar belakang tercabut, lampu dan cermin hadapan pecah malah tayar tercabut.

Difahamkan, kereta terlibat dalam kemalangan dipandu tanpa kebenaran pemiliknya yang merupakan salah seorang ahli keluarga pemandu remaja tersebut.

Pihak polis South Wales memaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 17 tahun ditahan berhubung dengan pelbagai kesalahan trafik dan mengambil kenderaan tanpa kebenaran. – agensi.

Google ads
Back to top button