Buletin

PORSCHE 550 SPYDER 1955 ‘TERPERAM’ SELAMA 35 TAHUN DIJUMPAI DALAM KONTENA

Porsche cukup terkenal dalam pembikinan kereta sukan bertaraf dunia malah hasil karya pengeluar dari Jerman itu dilakukan sejak setengah abad lalu.

Pada waktu itu, Porsche mengeluarkan beberapa buah kereta klasik legend seperti model 356 dan 911.

Jentera Porsche merupakan antara kereta klasik yang paling banyak dikumpul di seluruh dunia.

Para pengumpul terus mencari lebih banyak kereta klasik, terutama di garaj dan gudang-gudang yang sudah lama ditinggalkan.

Terbaharu, Porsche 550 Spyder 1955 yang menduduki tangga teratas dalam carta model jenama Porsche bagi pengumpul ditemui di California, Amerika Syarikat selepas hampir 35 tahun ‘tersembunyi’ dalam kontena.

Penemuan tersebut ditemui Bobby Green setelah dijemput memeriksa koleksi motosikal di Orange County, Amerika Syarikat.

Green kagum dengan keadaan jentera terbabit yang masih dalam keadaan baik walaupun terbiar selama 35 tahun dalam kontena simpanan di garaj.

Melalui rekod diperoleh, Porsche berkenaan dibeli oleh legenda pelumba bot laju, Loretta Turnbull pada tahun 1963.

Kereta klasik itu telah menjalani proses restorasi pada awal tahun 1980-an sebelum ia disimpan di dalam garaj.

Ia mendapat khidmat enjin 1.5-liter yang mampu menjana kuasa 108hp dan tork 120Nm jika masih dalam keadaan baharu.

Kuasa yang dihasilkan dihantar ke sistem pacuan roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan.

Porsche 550 Spyder 1955 merupakan sebuah model paling unggul dalam kancah perlumbaan apabila pernah meraih kemenangan dalam perlumbaan 24 Hour of Le Mans bersama dengan model Carrera Panamericana.

Jentera tersebut sangat rare dan ada yang menjual pada harga sehingga mencecah AS$3 juta (RM12.4 juta). – carbuzz

Google ads
Back to top button