Buletin

PORSCHE TAYCAN RWD SUDAH TIBA DI MALAYSIA. BERMULA RM585K

Hanya selepas beberapa hari dilancarkan di pasaran global, Sime Darby Auto Performance mengumumkan bahawa model asas Taycan sudah boleh dimiliki oleh pengguna tempatan.

Sebagai sebuah model entry level, sport saloon itu ditawarkan pada harga bermula RM605,000.

Tetapi, memandangkan kerajaan kini menawarkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan CBU dan CKD, Taycan boleh anda miliki pada harga RM584,561 sehingga 30 Jun 2021.

Jentera idaman ramai itu bakal berada di pusat jualan Posche bermula suku kedua 2021.

Varian keempat Taycan tersebut melengkapkan lagi tawaran model elektrik sepenuhnya itu yang sebelum ini terdiri daripada model Taycan Turbo S, Taycan Turbo dan Taycan 4S.

Berbeza dengan varian-varian lain, Taycan hadir dengan pacuan roda belakang (RWD) bersama dua pilihan bateri. Bateri Performance Battery yang didatangkan sebagai standard, jentera itu mampu menjana kuasa 408PS dengan overboost dan Launch Control.

Bateri berkapasiti 79.2kWh itu membolehkan anda mencapai jarak sejauh 431km dengan sekali caj.

Kuasa boleh ditingkat kepada 476PS dengan pilihan Performance Battery Plus. Dengan kapasiti 93.4 kWh, jarak yang boleh dicapai ialah sekitar 484km.

Kedua-dua bateri itu menawarkan prestasi yang sama iaitu pecutan 0-100km/j dalam masa 5.4 saat dan top speed 230km/j.

Kapasiti pengecasan maksimum ialah 225kW (Performance Battery) dan sehingga 270 kW (Performance Battery Plus). Ini bermakna kedua-duanya boleh dicaj sehingga 80 peratus dalam masa 22.5 minit. Manakala caj selama lima minit boleh memberi jarak sejauh 100km.

Pelanggan juga boleh memilih paparan head-up berwarna dan pengecas on-board dengan kapasiti mencecah 22kW.

Porsche mencatat permulaan yang berjaya untuk segmen kereta elektrik apabila berjaya menyerahkan lebih 20,000 unit Taycan sepanjang tahun 2020. Di Norway, Taycan mewakili70 peratus jualan model Porsche.

Google ads
Back to top button