Artikel Pilihan

PEROMPAK ‘LEMAH’ GAGAL LARIKAN PORSCHE – TAK PANDAI GUNA GEAR MANUAL RUPANYA

Dalam dunia ni apa juga pekerjaan yang kita nak lakukan kena ada ilmu. Sebab itulah mak ayah hantar pergi sekolah. Tengok contoh ni, tapi ini contoh tak elok la. Kisah pencuri bodoh yang gagal melarikan sebuah Porsche kerana tak pandai guna gear manual. Nafsu besar tapi kemampuan tak ada.

Kejadian yang berlaku sekitar Washington DC menyebabkan pemandu sebuah Porsche 718 Boxster mengalami kecederaan ringan selepas kereta dipandunya cuba dirampas sekumpulan lelaki yang tak pandai guna gear manual.

Ia berlaku di hadapan sebuah restoran di Maryland. Pemandu Porsche tersebut yang merupakan seorang usahawan didatangi beberapa orang lelaki yang menaiki Nissan Rogue merah (Nissan X-Trail la kalau kat sini) dan cuba merampas Porsche tersebut.

Kejadian dirakam dari kamera dalaman Porsche menunjukkan seorang lelaki bersenjata keluar dan menolak pemilik keluar ke tepi jalan diikuti beberapa orang lagi rakannya. Empat orang semuanya dirakam. Tiga daripadanya kemudian masuk kembali ke dalam SUV dengan seorang dirakam sedang mengacukan pistol ke arah Porsche tersebut.

Selepas beberapa saat kedengaran bunyi enjin Porsche tersebut dihidupkan sebanyak dua kali kemudian senyap. Rakaman terhenti di situ tapi laporan berita tempatan menyatakan yang kesemua perompak terbabit segera melarikan diri selepas gagal dalam cubaan merampas kereta tersebut.

Fox 5 menyatakan usahawan terbabit telah diekori oleh kesemua suspek dalam usaha untuk merampas kereta beliau. Sejurus selepas insiden beliau segera berlari ke dalam restoran untuk berlindung dan meminta bantuan. Beliau turut menyatakan beberapa tembakan dilepaskan tapi bernasib baik kerana kesemuanya tersasar.

Insiden ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di sana. Sebab inilah Abang Japar tak pakai Porsche kalau balik kampung kat Washington. Ngeri dik kalau kena macam ni.

Google ads
Back to top button