Buletin

PELANGGAN PORSCHE, TOYOTA KEKAL SETIA – J.D POWER

J.D Power baru-baru ini mendedahkan bahawa kesetiaan pelanggan terhadap sesetengah jenama semakin menurun, terutama mengambil kira terdapat pelbagai pilihan baharu untuk pelanggan.

“Memandangkan ketersediaan kenderaan meningkat dan lebih banyak pilihan memasuki pasaran untuk pengguna, kesetiaan dalam kalangan jenama secara keseluruhannya mengalami penurunan tahun ini,” kata Naib Presiden data & analitik di J.D. Power, Tyson Jominy.

“Selain itu, pemilik terikat dengan kenderaan mereka lebih lama daripada biasa kerana gangguan rantaian bekalan yang berterusan.”

Menurut Jominy, terdapat beberapa perkara boleh dilakukan oleh pengeluar untuk menggalakkan pelanggan mereka kekal setia antaranya, memastikan kualiti kenderaan kekal mantap atau pengalaman pemilikan yang baik.

Tambahnya lagi, setakat ini Porsche mendahului kedudukan untuk jenama kereta premium bagi tahun kedua berturut-turut, dengan kadar kesetiaan sebanyak 56.8 peratus, diikuti oleh Mercedes, merekodkan 50.5 peratus.

Antara jenama kereta pasaran massa, Toyota berada di ranking tertinggi dengan kadar 60 peratus, dan diikuti oleh Honda, 55 peratus.

Bagi segmen SUV, Volvo mendahului jenama premium, dengan kadar kesetiaan 56.5 peratus (BMW menduduki tempat kedua dengan 56.1 peratus) manakala Subaru mendahului Toyota dari segi kesetiaan SUV pasaran massa, dengan kadar masing-masing 61.1 peratus dan 60.5 peratus.

Sementara untuk segmen trak, Ford mendahului dengan kadar kesetiaan sebanyak 64.6 peratus, diikuti oleh Toyota, mencatat 60.4 peratus.

Google ads
Back to top button