Buletin

PROJEK MRT LINE 3 SAH DIBATALKAN

Selain daripada pembatan projek Keretapi Laju KL-Singapura (HSR), hari ini kerajaan telah mengumumkan satu lagi pembatan projek mega Mass Rapid Transit (MRT) Laluan ke 3. (MRT3)

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad awal hari ini. Beliau berkata kerajaan mengkaji semula semua projek yang sebelum ini dimulakan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

MRT3 ini juga dikenali sebagai MRT Circle Line,yang bakal menjalari garis sistem transit bersepadu Greater KL di Lembah Klang.

Pada asalnya, ia dijadualkan siap pada 2025. Laluan MRT3 ini menghubungkan sekitar kawasan Bandar Malaysia, Ampang, Ecocity KL, Bukit Kiara daerah Sentul.

Beban kewangan kerajaan dikatakan menjadi punca kesemua projek mega yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini terpaksa dinilai semula mengikut keadaan semasa.

 

Google ads
Back to top button