Buletin

LEBUH RAYA BERNILAI £50 JUTA TANPA JALAN PENGHUBUNG.RACE PUSING-PUSING JE LAA

Lebuh raya baharu M49 menelan kos sebanyak £50 juta (RM276 juta) di Gloucestershire Selatan, Bristol, Britain tidak dapat dibuka kepada kenderaan.

Ia berikutan kegagalan syarikat pemaju menyediakan jalan penghubung di persimpangan lebuh raya terbabit.

Bahkan, lebuh raya berkenaan dikatakan sebagai jalan tanpa berpenghujung paling mahal.

Pembinaan lebuh raya tersebut sepatutnya menghubungkan ke pusat pengedaran yang merangkumi syarikat-syarikat besar seperti Amazon, Tesco, Lidl, Next, DHL dan The Range.

Apabila pemandu sampai di penghubung jalan, mereka mendapati ia berpagar dan hanya boleh melihat gudang-gudang besar sahaja kerana tiada jalan menghubungkan ke kawasan itu.

 Menurut penduduk setempat, lori-lori akan menggunakan jalan biasa dan mengelak penggunaan lebuh raya baharu.

Dalam pada itu, jurucakap Majlis Gloucestershire Selatan berkata kepada BBC, pihaknya sedang berbincang dengan pihak pemaju agar membina jalan penghubung. – agensi

Google ads
Back to top button