Buletin

AFRICA TWIN CLUB MALAYSIA KUMPUL 60 JENTERA DI SUNGAI SIPUT

Jentera Honda Africa Twin merupakan model yang tidak asing lagi dalam perlumbaan Dakar.

Begitupun, bagi peminat motosikal tempatan mungkin sukar melihat jentera ini dalam jumlah yang banyak terutama di jalan raya.

Africa Twin Club Malaysia telah mengambil inisiatif dalam merealisasikan perjumpaan sulung pemilik-pemilik jentera yang dibawa masuk ke negara oleh Boon Siew Honda ini pada 12 dan 13 Septmber lalu.

Perjumpaan terbabit yang diadakan di Pos Kuala Mu, Sungai Siput , Perak  berjaya mengumpul lebih 60 jentera dari pelbagai model Africa Twin.

Ia melibatkan motosikal dari model XR750 sehingga CRF1000AL2  atau lebih dikenali sebagai Africa Twin Adventure Sports DCT (ATAS).

Biarpun melibatkan peserta yang agak ramai tetapi Africa Twin Club Malaysia tetap mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan seruan kerajaan dalam menangani penularan pandemic Covid-19.

Pelbagai aktiviti menarik dilakukan sepanjang perjumpaan bersesuaian dengan jentera lasak berkenaan.

Antaranya termasuk lucky draw, berkelah, mandi di sungai dan banyak lagi. Ia diharap dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara pemilik jentera itu.

Berikutan sambutan menggalakkan daripada para peserta, Africa Twin Club Malaysia bercadang mengadakan perjumpaan pada tahun hadapan.

Google ads
Back to top button