" "
Buletin

PROTON HANTAR 16 KAKITANGAN KE INSTITUT PENYELIDIKAN GEELY SELAMA 6 BULAN

PROTON telah menghantar 16 kakitangan, melibatkan pekerja industri berpengalaman serta jurutera muda lulusan dari Program Bakat Muda Syarikat ke Hangzhou, China untuk menyertai latihan selama enam bulan bagi mempelajari tentang kenderaan tenaga baharu (NEV).

16 kakitangan tersebut akan dilatih dalam pelbagai bidang melibatkan pembangunan, penyepaduan, pembuatan, jualan serta perkhidmatan di Institut Penyelidikan Geely di Ningbo.

Menurut PROTON, lebih ramai kakitangan akan dihantar pada masa depan memandangkan PROTON memerlukan pengetahuan teknikal daripada Geely untuk membangunkan rangkaian NEVnya sendiri.

Selain daripada melatih pekerja dalam pelbagai aspek NEV, latihan kerja di China akan membantu dalam menentukan spesifikasi akhir untuk produk seperti smart #1, EV pertama yang dijual oleh anak syarikat NEV PROTON, PRO-NET pada suku keempat tahun 2023.

Memandang lebih jauh ke hadapan, program latihan itu akan membantu dalam proses pembangunan untuk memperhalusi tawaran yang akan datang demi mencapai jangkaan pasaran tempatan.

Matlamat utama program ini adalah untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran baharu yang akan banyak membantu hala tuju masa depan Syarikat untuk tahun-tahun akan datang.

Sebelum berlepas pada 10 Disember, setiap ahli kumpulan diberi peluang untuk bercakap dengan pengurusan kanan PROTON mengenai jangkaan dan matlamat mereka untuk program latihan tersebut.

Bagi kebanyakan kakitangan, ini adalah kali pertama mereka bekerja di negara asing, tetapi teruja dengan peluang yang diberikan dan komited untuk berkongsi pengalaman bersama rakan sekerja sekembali ke tanah air.

Google ads
Back to top button