" "
Buletin

PROTON X70 RAI ULANG TAHUN KE-4. INI 10 FAKTA MENARIK PASAL X70

Sedar tak sedar, Proton X70 sudah empat tahun berada di pasaran. SUV pertama Proton dengan kerjasama Geely memang mendapat sambutan hangat. Apa pun, ini 10 fakta menarik tentang X70 yang mungkin anda tidak tahu.

1. Proton X70 ialah model SUV premium pertama PROTON dan model pertama yang dibangunkan dengan kerjasama Geely.

2. Proton X70 dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah pada 12 Disember 2018 di Kuala Lumpur.

3. Proton X70 ialah ‘kereta bercakap’ pertama daripada PROTON dengan arahan suara pintar yang hanya memerlukan pemandu untuk menyebut frasa ‘Hai, PROTON’ bagi mengawal ciri-ciri seperti tingkap kuasa, penyaman udara, navigasi, muzik dan aplikasi cuaca.

4. Proton X70 menerima lebih 10,000 tempahan sebelum sampai ke bilik pameran.

5. Sehingga akhir November 2022, sebanyak 82,869 unit Proton X70 telah dijual sejak dilancarkan. Ini menjadikannya SUV segmen C terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

6. PROTON mula mengeluarkan Proton X70 di Malaysia di kilang baharunya bernilai RM1.2 bilion di Tanjung Malim pada tahun 2019. X70 CKD pertama melancarkan barisan pengeluaran pada 13 Disember tahun itu.

7. PROTON melancarkan Proton X70 2022 pada 9 Jun 2022. Ia menawarkan kemas kini gaya dan pilihan rangkaian kuasa baharu iaitu enjin 1.5L TGDi yang turut dihasilkan di Malaysia.

8. Brunei merupakan pasaran eksport pertama Proton X70 dan dilancarkan pada 29 Julai 2019.

9. Sehingga kini, Proton X70 telah dieksport ke tujuh negara iaitu Brunei, Nepal, Mesir, Bangladash, Kenya, Pakistan dan Afrika Selatan. Sehingga akhir November lalu, jumlah jualan eksport berjumlah 2,919 unit.

10. Selain dikeluarkan di Malaysia, Proton X70 turut dipasang di Karachi, Pakistan.

Google ads
Back to top button