
CHAROEN POKPHAND DAN TOYOTA KOMITED UNTUK CAPAI NEUTRALITI KARBON DI THAILAND
Kumpulan Charoen Pokphand (CP) dan Toyota Motor Corporation (Toyota) akan meneroka kerjasama ke arah neutraliti karbon di Thailand. Kedua-dua syarikat bersedia mengalu-alukan mana-mana rakan kongsi untuk berkongsi pandangan.
Sejak penubuhannya pada tahun 1921, CP telah beroperasi dengan nilai teras tiga faedah iaitu kepada negara, rakyat dan organisasi.
CP menyediakan akses kepada produk berkualiti tinggi, selain mengembangkan perniagaannya di Thailand ke pelbagai bidang. Ini termasuklah peruncitan (seperti 7-Eleven), pengedaran, produk perindustrian, pertanian dan ternakan.

Perniagaan Toyota di Thailand telah mendapat sokongan daripada beberapa pihak berkepentingan termasuk Kumpulan Siam Cement, yang berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat Thai melalui produk, pembayaran cukai, pekerjaan dan pemindahan teknologi. Selain membantu mengatasi beberapa cabaran seperti krisis kewangan Asia 1997.
Kedua-dua syarikat akan meneruskan usaha untuk mengurangkan pelepasan CO2 secara konsisten sepanjang keseluruhan proses menghasilkan, mengangkut dan menggunakan tenaga ke arah mempercepatkan neutraliti karbon.
Kerjasama kedua-dua syarikat merangkumi pengeluaran hidrogen menggunakan biogas yang diperolehi daripada sisa ladang (dengan tumpuan kepada zon ekonomi), pengenalan trak penghantaran sel bahan api ke dalam armada CP, menyediakan pelbagai penyelesaian seperti BEV dan FCEV serta kecekapan dari segi logistik.
Selain itu, kajian akan dijalankan bersama Hino Motors yang akan dibuat di Asia oleh Commercial Japan Partnership Technologies Corporation. Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu menyelesaikan cabaran dihadapi oleh sektor pengangkutan dalam mencapai neutraliti karbon.
- BACA: R33 BLUE GASOLINE – ALTERNATIF KEPADA PETROL E10, AUDI TERUS KOMITED CAPAI NEUTRALITI KARBON
- BACA: IHI CORPORATION DAN GENTARI HYDROGEN TANDATANGANI MOU, BEKERJASAMA MENGHASILKAN DAN MEMASARKAN AMMONIA HIJAU
- BACA: SUZUKI RANCANG LABUR RM5.7 BILION UNTUK HASILKAN EV DAN BATERI DI INDIA
- BACA: PERALIHAN PENUH KE EV, JUTAAN INDIVIDU AKAN HILANG KERJA DI JEPUN – BOS TOYOTA






