Buletin

DJ RADIO AFRIKA SELATAN KAGUM DENGAN PROTON X50. NETIZEN MALAYSIA BERBALAH PULA

Dua DJ dari radio East Coast Radio, Afrika Selatan, Stacey dan J Sbu telah memuat naik video review ringkas mengenai model Proton X50 nyata menarik perhatian ramai rakyat Malaysia.

Proton X50 dan X70 telah dilancarkan pada September lalu di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun Proton meninggalkan pasaran tersebut.

Kemasukan Proton X50 dan X70 di pasaran Afrika Selatan diusahakan oleh Combined Motor Holdings (CMH), iaitu pengedar Proton yang baharu.

Kedua-duanya berasa begitu kagum dengan kemampuan SUV tersebut apabila melihat sunroof terbuka dengan sendiri apabila J Sbu melakukan arahan suara ‘Hi Proton’.

Menurut pasangan DJ tersebut, Proton X50 mempunyai ruang kabin yang cukup luas untuk membawa pelbagai muatan. Malah, Stacey sendiri cuba untuk duduk di dalam ruang but kereta.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet Malaysia. Antara komen yang mencuit hati termasuklah “Must wait 6 months or 1 year to get a new spare parts because spare parts from China to Malaysia…Malaysia to South Africa.”

Rantaian bekalan alat ganti antara masalah yang ditimbulkan dalam ruangan komen hantaran tersebut. Walau bagaimanapun, tidak kurang yang mengatakan bahawa isu tersebut tidak hanya berlaku kepada Proton, tetapi turut memberi kesan kepada pengeluar kereta yang lain.

“The best from Proton. Do not listen to naysayers and spare parts issue. That problem is solved after the covid outbreaks in 2020,” tulis warganet.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CMH, syarikat mereka mengambil peluang menjadi pengedar Proton kerana mahu menyediakan kenderaan SUV mampu milik untuk rakyat di Afrika Selatan.

Harga Proton X50 bermula daripada RM117,886 untuk varian Standard sehingga RM151,950 untuk model TGDi Premium. Manakala Proton X70 pula bermula pada harga RM138,848 bagi varian Standard sehingga RM167,672 bagi varian Premium. – Vocket

Google ads
Back to top button