
GEELY GALAXY L6 PHEV TAWAR JARAK GERAK 105KM, 385HP – LANCAR OGOS INI
Baru-baru ini, Geely mengeluarkan imej rasmi sedan hibrid plug-in Galaxy L6, yang dijangka dilancarkan pada bulan Ogos ini.
Untuk rekod, L6 ialah kereta kedua di bawah siri Galaxy Geely selepas L7.
Di bahagian hadapan L6, ia dipadankan bersama lampu bersudut tajam selain terdapat jalur lampu menegak dan lampu mendatar di bahagian atas gril tengah.

Galaxy L6 dibina di atas platform e-CMA dengan dimensi berukuran 4,782mm (panjang), 1,875mm (lebar), 1,489mm (lebar) dan jarak roda 2,752mm.
Dari sisi, model baharu itu menggunakan reka bentuk slip belakang dan diserlahkan lagi melalui rim bersaiz 17/18-inci. Secara keseluruhan, Galaxy L6 kelihatan sporty serta tampil agresif.
Di dalam, ia dilengkapi panel instrumen LCD penuh dan skrin kawalan pusat menegak bersaiz besar, stereng empat jejari sama seperti Galaxy L7 sementara konsol tengah pula menyediakan akses kepada pengecasan wayarles dan pemegang cawan.

Selain itu, Galaxy L6 juga dimuatkan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8155 terbina dalam untuk sistem komputer serta Galaxy N Operating System, yang dilengkapi fungsi AI generatif.
Beralih kepada kuasa, Galaxy L6 akan menawarkan jarak gerak elektrik sepenuhnya 48km dan 105km dengan tiga kapasiti bateri 9.11kWh, 18.7kWh serta 19.09kWj, manakala penggunaan bahan apinya adalah serendah 4.55L/100km.
Rangkaian kuasa Galaxy L6 dijangka dipacu oleh NordThor Hybrid 8848, yang dilengkapi dengan enjin petrol pengecas turbo 1.5L, DHT 3-kelajuan, dan pemacu elektrik dwi-motor P1+P2, menghasilkan 385hp.
Sementara, kuasa keseluruhan bagi versi super performance pula berupaya menghamburkan kuasa 654hp.
Untuk harga, tiada pendedahan dibuat oleh Geely sehingga pelancaran rasmi bulan Ogos nanti.
GALERI:






- BACA: GEELY KINI KUASAI 17 PERATUS SAHAM ASTON MARTIN – POWER BETUL
- BACA: GEELY LANCAR ICON PROTAGIST, KHUSUS UNTUK WANITA – ENJIN 1.5T, 178HP, HARGA BERMULA RM76K
- BACA: GEELY DEDAH SUV COUPE RUILAN 7 DI SHANGHAI AUTO SHOW. TUKAR BATERI KURANG 1 MINIT, JARAK GERAK 550-750KM
- BACA: PROTON RANGKA STRATEGI NEV YANG AGRESIF DI MALAYSIA BERSAMA GEELY

