
PROTON, AFFIN BANK LANCAR KAD KREDIT/-I AFILIASI
Proton mengumumkan kerjasama strategik bersama Affin Bank bagi melancarkan kad kredit/-i afiliasi khusus untuk pemilik Proton.
Kad Kredit/-i Afiliasi AFFIN AVANCE PROTON dilancarkan secara rasmi di Menara AFFIN oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN BANK, Datuk Wan Razly Abdullah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.
Selain itu, di acara sama, kunci simbolik untuk Proton X90, turut diserahkan kepada pelanggan yang telah membiayai kenderaan mereka menggunakan kemudahan sewa beli AFFIN BANK.

Kad Kredit/-i Afiliasi AFFIN AVANCE PROTON memberikan keistimewaan serta faedah eksklusif kepada pelanggan Proton apabila membuat pembayaran di cawangan yang dibenarkan.
Senarai keistimewaan dinikmati oleh pemegang kad termasuk:
- Pengecualian yuran tahunan seumur hidup.
- 3X Mata Ganjaran AFFIN untuk menjamu selera, pembelian dalam talian/e-dagang dan transaksi di outlet Proton.
- 1X Mata Ganjaran AFFIN untuk transaksi runcit lain.
- Permohonan Overdraf/Tunai tanpa kerumitan.
- 0% Pelan Ansuran Mudah sehingga 24 bulan – 0% Kadar Faedah/ Keuntungan untuk pembelian di cawangan Proton termasuk servis.
“Kad Kredit/-i Afiliasi AFFIN AVANCE PROTON dicipta khusus untuk pelanggan Proton. Kami percaya kad ahli gabungan akan meningkatkan lagi pengalaman pemilikan sambil memberi ganjaran apabila mereka servis kereta atau membeli produk.
“Mana-mana pembeli Proton yang membiayai pembelian mereka dengan Affin Bank, secara automatik ditawarkan kad baharu ini dan kami menggalakkan semua pemilik sedia ada membuat permohonan untuk menikmati keistimewaan,” kata Roslan Abdullah.
- BACA: PROTON S50 DIKESAN DIPANDU UJI DI SUBANG JAYA – TAMPIL STERENG SEBELAH KANAN
- BACA: PROTON X90 TERIMA 5,000 TEMPAHAN SEJAK MEI 2023. VARIAN FLAGSHIP PALING LARIS, 500 UNIT SUDAH DISERAHKAN KEPADA PELANGGAN
- BACA: PROTON DIGITAL EXPERIENCE (PROTON DX) RASMI DILANCARKAN – TAWAR PENGALAMAN IMERSIF
- BACA: HONDA CITY GANTI PROTON PREVE SEBAGAI KERETA POLIS







