Buletin

PROTON LANCAR X70 2022. ENJIN BAHARU 1.5L TURBO, 5 VARIAN, HARGA BERMULA RM93,900

PROTON Malaysia mendedahkan model terbaharu X70 yang dipertingkatkan di pasaran tempatan.

Model terbaharu itu mendapat sentuhan dikemas kini pada bahagian luaran, dalaman dan peningkatan kecekapan bahan api.

SUV X70 ditawarkan dengan lima pilihan varian pada harga: –

  • 1.5L Standard 2WD (RM93,900)
  • 1.5L Executive 2WD (RM105,500)
  • 1.5L Executive AWD (RM111,300)
  • 1.5L Premium 2WD (RM117,900)
  • 1.8L Premium 2WD (RM121,800)

Selain itu, ia menawarkan lima warna pilihan menarik kelabu (Space Grey dan Jet Grey), merah (Ruby Red), putih (Snow White) dan perang (Cinnamon Brown).

SUV terlaris di negara itu kini mendapat khidmat enjin 1.5 liter TGDi yang mampu menjana kuasa 174 hp dan tork 255 Nm.

Begitupun, X70 2022 masih menawarkan enjin 1.8 TGDi dengan kuasa 181hp dan tork 300Nm pada varian tertinggi.

Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi dual klac 7DCT.

Proton memilih enjin 1.5 liter turboi 3-silinder kerana menawarkan penjimatan bahan bakar sebanyak tujuh peratus bagi kegunaan urban selain cukai jalan lebih murah. 

Didatangkan enjin tiga silinder lebih ringan yang menawarkan keseimbangan prestasi dan kecekapan serta mencapai tork maksimum pada rpm rendah. 

Proton memperkenalkan semula pacuan semua roda (AWD) pada varian 1.5 liter Executive selepas menghentikan tawaran pacuan tersebut pada model pemasangan tempatan (CKD).

Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang serta rupa yang diperbaharui.

Ia termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dipadankan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu.

Proton X70 2022 turut dilengkapi Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) – gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara, berfungsi dua kali lebih cekap untuk meningkatkan kualiti udara dalam kabin.

Ciri-ciri menarik lain termasuk PROTON Link, sembilan pembesar suara, enam port USB, Perintah Suara, enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS) dan kamera 360 dengan paparan 3D untuk memudahkan parkir kenderaan.

Proton X70 2022 kini boleh ditempah dalam talian di https://www.proton.com/en/find-acar/protonx70 dan di bilik pameran PROTON yang sah.

GALERI

Google ads
Back to top button