
APPLE & LEWIS HAMILTON BERGANDING BAHU, TERBITKAN FILEM F1. DIBINTANGI BRAD PITT
5 bulan lepas Apple tela dilaporkan berjaya dalam bidaan mereka bagi menerbitkan satu filem berkisar tentang perlumbaan F1 dan bakal dibintangi oleh pelakon terkenal iaitu Brad Pitt. Malah filem ini juga akan diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Joseph Kosinski yang banyak menerbitkan filem aksi seperti Oblivion dan juga Top Gun : Maverick
Manakala Lewis Hamilton akan bertindak sebagai penerbit bersama dengan Jerry Bruckheimer, Chad Oman dan juga syarikat penerbitan Brad Pitt iaitu Plan B Entertainment. Walaupun Apple belum mendedahkan jalan cerita filem ini, khabar angin mengatakan filem ini berkisar tentang juara F1 yang kembali berlumba semula
Jika anda ingat, pada tahun 2001 Hollywood cuba menghasilkan cerita berkenaan perlumbaan kereta Indy yang bertajuk Driven, tapi gagal mencapai kejayaan yang luar biasa seperti Fast & Furious. Namun usaha pemilik F1 iaitu Liberty Media yang mempopularkan perlumbaan F1 melalui siri Drive to Survive membuktikan F1 memiliki peminat tersendiri melalui siri Nettflix
Gandingan juara 7 kali dunia iaitu Lewis Hamilton dan juga pengarah tersohor Kosinski memberikan gambaran yang filem aksi perlumbaan ini akan menggunakan teknik penggambaran konvensional dengan aksi yang mendebarkan dan tidak bergantung sepenuhnya pada CGI.
Sudah tentu input dan data perlumbaan akan dibekalkan oleh Hamilton bagi menghasilkan senario perlumbaan yang realistik, sama seperti filem Ford vs Ferrari. Idea filem ini terhasil ketika Kosinski berjumpa dengan Hamilton melalui Tom Cruise di set penggambaran filem Top Gun : Maverick