Buletin

PROTON LANCAR SAGA 2022. 4 VARIAN, 5 WARNA PILIHAN. HARGA BERMULA RM34,400

PROTON melancarkan Proton Saga 2022 baharu di PROTON Centre of Excellence (CoE) hari ini.

Model diperbaharui itu ditawarkan dalam empat varian iaitu: –

  • Proton Saga 1.3L Standard MT (RM34,400)
  • Proton Saga 1.3L Standard AT  (RM38,300)
  • Proton Saga 1.3L Premium AT (RM41,300)
  • Proton Saga 1.3L Premium S AT (RM44,300)

Proton Saga 2020 mendapat sentuhan lima pilihan warna putih (Snow White), perak (Armour Silver), kelabu (Jet Grey), maron (Rosewood Maroon) dan merah (Ruby Red).

Sedan baharu itu menampilkan ciri-ciri keselamatan dan kualiti dipertingkatkan dalam reka bentuk diperbaharui untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

Ia menawarkan gaya supreme dengan peningkatan ketara yang meningkatkan tahap dalam kelas sedan segmen A.

Pada bahagian luaran, ia dilengkapi skirt hadapan dan sisi baharu dalam menyerlahkan sisi sporty sedan berkenaan dipadankan roda aloi 15-inci baharu dan lampu siang LED.

Ruang dalaman varian Premium S baharu pula, menampilkan skema warna gelap yang sporty, tempat duduk separa kulit direka semula untuk memberi sentuhan premium.

Selain itu,  ia hadir dengan stereng boleh dilaraskan sudut kecenderongan dan dibaluti kulit kemasan berwarna merah pada suis stereng.

Warna merah turut kelihatan pada gelang gabungan meter dan saluran udara manakala sentuhan terakhir pula pada suis kawalan iklim yang direka bentuk semula dan dipasangkan dengan Penapis Kabin N95 untuk menapis zarah asap, habuk, bakteria serta bahan pencemar.

PROTON Saga baharu itu dilengkapi unit kepala skrin sentuh 7-inci didatangkan perisian operasi terkini dan Bluetooth 4.2 untuk sambungan wireless yang lebih baik.

Ia juga boleh dipadankan dengan Android dan juga telefon pintar iOS, agar pemandu dapat mengakses aplikasi kegemaran mereka semasa pemanduan.

Suis pada stereng membolehkan akses mudah untuk menukar tetapan audio dan menjawab panggilan semasa pemanduan manakala tiga port USB yang berdekatan juga memudahkan pengecasan peranti elektronik.

Dalam pada itu, sebaik enjin dimatikan, peringatan akan terpapar pada skrin meminta pemilik menyemak sekiranya pemandu sudah mengambil semua barangan dan tidak meninggalkan anak mereka.

Proton Saga 2022 mendapat khidmat enjin 1.3 liter empat silinder 16-injap DOHC VVT yang mampu menjana kuasa maksimum 95 PS @ 5,750 rpm dan tork 120 Nm @ 4,000 rpm dipadankan transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatic 4-kelajuan.

Penambahbaikan kemudahan baharu termasuk pintu dan cermin sisi pintar di mana ia terbuka secara automatik apabila kunci kereta dibuka.

Ia dilengkapi butang tekan mula baharu memudahkan untuk menghidupkan enjin manakala ruang but pula dapat dibuka dengan mudah menggunakan alat kawalan.

Ruang bonet dengan kapasiti 420-liter dapat menampung muatan yang banyak malah mampu dibesarkan menggunakan fungsi lipatan tempat duduk.

Dari aspek keselamatan, ia didatangkan dua beg udara SRS standard bagi semua varian serta Brek-Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Kesemua varian transmisi automatik turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS), Hill Hold Assist (HHA) dan kamera undur.

Untuk keterangan lanjut boleh mengunjungi bilik pameran PROTON ataupun melayari proton.com

Google ads
Back to top button