
PROTON PERSONA 2022 FACELIFT. 3 VARIAN, SEAT KULIT, BERMULA RM45,800
Selain Iriz, Proton turut melancarkan model sedan Persona 2022 ke pasaran tempatan. Kali terakhir Persona menerima proses naik taraf adalah pada tahun 2019.
Sedan segmen B itu kini ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L Standard CVT, 1.6L Executive CVT dan 1.6L Premium CVT. Harganya pula bermula dari RM45,800 (Standard), RM50,800 (Executive) dan RM55,800 bagi varian Premium. Harga di atas jalan yang dinyatakan melibatkan pengecualian cukai SST dan tidak termasuk insurans.
Perubahan luaran dapat dilihat dengan bampar reka bentuk baru, melibatkan gril Infinite Weave bersama kemasan krom, Ethereal Bow dan logo baharu Proton. Varian Standard dipasang dengan rim bersaiz 15 inci, manakala dua lagi varian menggunakan rim 16 inci.

Varian tertinggi menerima penambahan seperti 6 beg udara, lampu utama LED bersama fungsi on/off secara automatik, bumbung hitam, lampu nyalaan siang LED dan kamera undur.
Ruang kabin Persona menerima perubahan ketara dengan unit infohibur dengan skrin terapung bersaiz 8 inci bersama fungsi arahan suara untuk mengawal sistem penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu.
Diposisikan pada bahagian atas panel tengah untuk mudah diakses, unit infohibur itu dipadankan dengan corong dan kawalan pendingin udara baharu bersama ciri paparan digital serta penapis udara N95. Konsol tengah kini dilengkapi perehat tangan serta ruang penyimpanan yang mudah digunakan.

Tempat duduk dan panel pintu Persona Premium 2022 menerima kemasan kulit berwarna coklat seperti yang ada pada Proton X70. Ia tampil dengan reka bentuk dalaman baharu yang menjadikannya semakin mewah. Persona juga menawarkan ruang but seluas 510 liter dan boleh ditingkatkan apabila tempat duduk belakang dilipat.
Sedan berkenaan dilengkapi 6 slot USB – tiga di hadapan, dua di belakang dan satu di cermin pandang belakang untuk kegunaan kamera.
Selain itu, ia hadir dengan kamera dan sensor parkir yang memberikan bantuan visual dan audio semasa hendak memarkir kereta. Sementara butang ECO menggalakkan pemandu agar memandu dengan lebih berhemah dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Persona menggunakan khidmat enjin empat silinder sebaris VVT bersesaran 1,597cc yang mampu menjana kuasa 109PS dan tork 150Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear CVT.
Dari segi keselamatan, dua-dua model itu menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Di samping ciri keselamatan komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Hill Hold Assist (HHA).
Persona hadir dengan enam pilihan warna iaitu putih, perak, kelabu, maroon, merah dan kelabu (space grey). Ia juga didatangkan bersama Pakej Pelancaran seperti berikut:

- BACA: PROTON PERSONA HYBRID MUNGKIN LAHIR DARI MODEL INI – GEELY BIN RUI
- BACA: APA CIRI-CIRI YANG BARU PADA PROTON PERSONA 2021?
- BACA: KALAU GEELY BINRUI MASUK, NAK GANTI PREVE ATAU PERSONA?
- BACA: BERAPA KOS SERVIS PROTON PERSONA? MACAM MURAH JER
GALERI