Buletin

APA CIRI-CIRI YANG BARU PADA PROTON PERSONA 2021?

Walaupun telah menerima beberapa ciri tambahan pada tahun 2019, Proton tidak duduk diam kerana beberapa model samaran yang dipercayai Persona facelift dan Iriz facelift sedang berkeliaran dpandu uji. Menurut penyiasat upahan kami, ejen Jack Ryan berikut adalah maklumat yang kami terima setakat ini:

1. Kami percaya pelancaran model baru ini akan berlaku dalam bulan ini atau bulan depan memandangkan model ini sudahpun memasuki mass-production. Namun dengan masalah COVID19 yang masih belum reda, kami tidak pasti adakah pelancaran model ini akan berjalan seperti yang dirancang

2. Unit transmisi CVT akan kekal digunakan lantas mengenepikan desas-desus mengatakan transmisi 4 kelajuan auto akan digunakan. Andaian kami ialah unit CVT ini masih belum mencapai kuantiti minimum yang dipersetujui antara Proton dan Punch menyebabkan ia terus digunakan atau unit 4 kelajuan tidak memberikan bacaan penjimatan petrol yang dikehendaki. Tapi kami percaya, Proton akan membaiki respon CVT menjadi lebih baik

3. Rekaan papan pemuka Persona dikatakan akan menerima beberapa ciri perubahan menjadikan rekaan papan pemuka lebih menawan termasuklah penggunaan floating head unit berbanding model sekarang yang dipasang terus pada papan pemuka. Macam biasa ciri Hi Proton kami rasa akan kekal.

4. Beberapa ciri tambahan seperti perehat tangan akan turut dipasang di bahagian depan bagi memberikan ciri ergonomik yang lebih baik. Butang penyaman udara yang nampak lebih mahal akan digunakan memberikan rasa yang mahal.

5. Terdapat satu butang ECO pada papan pemuka, jadi kita boleh buat spekulasi butang ini boleh menala sistem pemanduan Persona supaya jadi lebih jimat. Rekod kami dengan Persona 2019 ialah 16.6km/liter pada halaju 110km/j. Mungkin lebih jimat dari rekod ini.

6. Jack Ryan juga mengesahkan bahawa model 2021 akan menggunakan rim bersaiz 16 inci namun kami masih kabur dengan saiz tayar yang akan digunakan. Kemungkinan besar ia akan menggunakan rim rekaan terbaru

7. Berdasarkan gambar yang tersebar, besar kemungkinan lampu depan teknologi LED akan digunakan bagi menggantikan lampu halogen. Kalau maklumat ini tepat, nampak mahal juga Persona/Iriz baru ini

Pandangan kami, kalau Proton melancarkan model naiktaraf ini dengan semua ciri tambahan tapi mengekalkan harga yang ada, maka ia bakal memberi saingan sengit pada sedan dan kereta kompak segmen B.

Sementara itu, layan dulu video pandu uji Persona 2019 oleh hos yang tak seglemer Abam Japar ini.

Google ads
Back to top button