Artikel PilihanBuletin

PROTON PERSONA HYBRID MUNGKIN LAHIR DARI MODEL INI – GEELY BIN RUI

Pasaran China adalah tentang hybrid dan elektrik. Pendek kata, kenderaan hijau adalah trend yang diikuti oleh semua pengeluar. Baik SUV atau kereta sedan, hampir kesemua model baru yang dibangunkan di China diberi pilihan nadi penggerak yang lebih bersih.

Rakan teknikal Proton, Geely juga tidak terkecuali.

Namun sesuatu yang menarik ialah Geely sebenarnya mempunyai pelbagai model dan platform diperlukan Proton.

Istimewa tentang Bin Rui ini ialah ia berada dalam segmen sedan A+ dengan konsep berorientasi sport. Senang kata, Bin Rui berada dalam segmen sama seperti Proton Persona.

Berikut ialah ciri-ciri Geely Bin Rui:

  • Menggunakan konsep reka bentuk “The Aesthetics of Racing through Space and Time”
  • Reka bentuk ala fastback yang sporti dan trend terkini
  • Dibekalkan dengan dua pilihan enjin dan tiga transmisi iaitu G-Power 200T dengan enam kelajuan DCT, G-Power 14T dengan lapan kelajuan CVT dan G-Power 14T dengan enam kelajuan manual
  • Enjin G-Power 200T bersesaran 1.0 liter turbo dengan suntikan terus – 134 hp dengan tork 205 Nm
  • Enjin G-Power 14T bersesaran 1.4 liter turbo – 131 hp dengan tork 215 Nm
  • Transmisi klac berkembar enam kelajuan dibekalkan oleh Getrag
  • Dilengkapi dengan 14 teknologi bantuan pemanduan canggih. Teknologi pemanduan autonominya kini pada tahap L2
  • Di antara teknologi canggih tersebut ialah Intelligent Cruise Control (ICC) yang mengandungi Adaptive Cruise Control (ACC), Traffic Jam Assistance (TJA) dan Lane Keep Assistance (LKA)
  • Teknologi ini membolehkan kereta menukar laluan dan mengikuti kereta di hadapan pada kelajuan sehingga 150 km/j
  • Teknologi Intelligent High-beam Control (IHBC) pula boleh melaras lampu puncak secara automatik apabila berselisih dengan kereta di laluan bertentangan
  • Sistem Speed Limit Identification (SLIF) pula menggunakan dua kamera dan data navigasi untuk mengenal pasti had laju dan memaklumkan kepada pemandu
  • Sistem Automatic Emergency Braking with Pedestrian Identification (AEB-P) pula mampu mengecam pejalan kaki melebihi 80 cm dan mengesan potensi kemalangan lebih daripada dua saat awal dan mengenakan brek semasa kelajaun di bawah 40 km/j
  • Sistem keselamatan aktif dan pasif direka bagi mencapai skor 5 bintang NCAP global
  • Lebih 70 peratus badan kereta diperbuat dari besi ketegangan tinggi (High-strength steel)
  • Ada enam beg udara, ESP Bosch generasi kesembilan, Hill Climbing Assistance (HHC ), Traction Control System (TCS) dan Autohold Automated Park Assist

Diperkenalkan tahun lepas di Chengdu MotorShow pada harga 79,800 to 110,800 yuan (RM48,000 to RM66,680).

Ia mungkin model yang paling sesuai untuk menggantikan Proton Persona akan datang. Dan apa yang lebih menarik lagi, selain enjin 1.0 turbo itu, platform BMA yang digunakan boleh menerima penjana elektrik dan hybrid dari ahli keluarga Geely yang lain.

Contoh terdekat ialah Geely JiaJi yang dikatakan bakal menggantikan Proton Exora akan datang yang dibina dengan pilihan Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), Hybrid Electric (HEV) dan Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV).

Berapa lama ia akan tiba di Malaysia jika jadi realiti?

Mengikut perkiraan kami, ia tidaklah akan hadir dalam masa terdekat. Sebelum ini, kami pernah dapat maklumat yang rapat dengan bahagian pemasaran Proton. Mereka memberitahu, generasi Iriz dan Persona sekarang akan dijual sekurang-kurangnya sehingga 2022.

Jadi kita boleh jangkakan, model gantian Persona hanya akan tiba seawal tahun 2023.

Sepatutnya lah..

GALERI

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button