Artikel Pilihan

KALAU GEELY BINRUI MASUK, NAK GANTI PREVE ATAU PERSONA?

Sedan segmen C masih lagi popular dengan Honda Civic, Toyota Corolla dan sesekali kita akan melihat Mazda 3 serta Hyundai Elantra. Senang kata, Honda Accord ini adalah default choice bagi sesiapa yang ingin mencari sedan segmen C termasuklah digunakan sebagai kereta peronda PDRM Bukan semua orang peminat SUV, termasuklah penulis.

Disebabkan Preve sudah ditamatkan pengeluaran, Proton hanya ada Persona mewakili sedan segmen B dan Saga untuk segmen A+. Mungkin Proton lebih suka pengguna Preve sebelum ini menaiktaraf kenderaan mereka kepada Proton X50 ataupun Proton X70. Hasil semakan kami di laman sesawang Geely, mereka ada sebuah sedan yang dinamakan sebagai Binrui.

Jadi ini sedikit maklumat berkenaan Binray

1. Cesi BMA – Binrui dibangunkan di atas cesi yang dinamakan B Segment Modular Architecture (BMA) sama seperti X50 yang menekankan penggunaan trenkuasa yang canggih seperti teknologi hibrid dan juga elektrifikasi. Sistem suspensi depan menggunakan topang McPherson manakala di bahagian belakang menggunakan torsion beam

2. Dimensi – namun ukuran panjang Binrui adalah 4680mm panjang, lebar 1785mm dan tinggi 1460mm. Jarak antara roda pula ditetapkan pada 2670mm. Sebagai perbandingan Honda Civic memiliki 4684mm panjang, lebar 1799mm lebar, tinggi 1416mm serta jarak antara roda 2700mm. Walaupun dikatakan dibangunkan atas platform B, tapi ukuran luar Binray ini dah macam segmen C.

3. Trenkuasa – Binrui ditawarkan dengan 2 pilihan enjin, samaada 3 silinder 1000cc turbo yang menghasilkan 134 kuasa kuda dan 205Nm tork ataupun enjin 1400cc 4 silinder turbo yang menghasilkan 131 kuasa kuda dan 215Nm tork. Kalau ada masa nanti kita akan review spesifikasi enjin yang ditawarkan.

Binrui akan ditawarkan dengan 3 pilihan transmisi samaada 6 kelajuan manual, CVT 8 kelajuan atau transmisi klac berkembar 6 kelajuan. Varian 1000cc dengan 6 kelajuan menawarkan penggunaan petrol sekitar 20km bagi setiap liter dengan pelepasan asap Emisi China VI. Halaju maksima yang dicapai ialah sekitar 200km/j.

4. Teknologi ADAS- Binrui dilengkapi dengan teknologi Lane Keep Assist, Intelligent Cruise Control, Intelligent High Beam Control, Speed Limit Identification System serta brek kecemasan automatik AEB dengan kebolehan mengesan pejalan kaki. Untuk keselamatan pasif, Binrui dilengkapkan dengan ciri 6 beg keselamatan udara.

5. Rekaan luar- mengetengahkan ciri konvensional namun lebih kepada arah ciri fastback dengan bahagian bumbung bersambung ke bahagian bonet. Lampu depan, lampu DRL serta lampu belakang datang dengan teknologi LED. Rekaan sisi pula mengambil tema yang lebih konvensional dan selamat, dan tidak terlalu agresif

6. Ruang dalam – Binrui menyediakan sekitar 470 liter ruang kargo serta ruang dalaman dengan pelbagai ciri moden. Papan pemuka Binray mirip kepada X70 dengan penggunaan elemen brush aluminium, sistem infohibur arahan suara, paparan meter digital dengan teknologi LED serta sistem pengecasan telefon pintar tanpa wayar

Bagi pendapat peribadi penulis, model sedan segmen B dan C adalah penting sebab tak semua pemandu mahukan sebuah SUV untuk kegunaan harian. Model Persona sekarang sebenarnya sudah agak ketinggalan dari segi teknologi cesi dan juga trenkuasa. Kalau kos penggunaan cesi BMA ini mahal, adalah lebih baik Binrui ini datang dengan 2 varian

1 varian 1.4 turbo dengan 8 kelajuan CVT bagi menggantikan Persona dengan harga mampu milik (antara RM40,000-60,000) dan 1 lagi varian enjin 3 silinder turbo dengan DCT yang lebih canggih bagi menggantikan Preve. Saga pula biar ia kekal sebagai sedan paling murah yang ditawarkan oleh Proton. Jadi Proton ada satu model bagi melawan segmen B dan segmen C yang akan beri kelebihan dari segi skala ekonomi.

Google ads
Back to top button