Artikel Pilihan

BERAPA KOS SERVIS PROTON PERSONA? MACAM MURAH JER

Proton Persona ini memang tak perlu diperkenalkan lagi bagi kereta sedan segmen B jenama nasional. Ia dijual pada harga RM 42,600 bagi varian manual sehinggalah pada harga RM 54,600 bagi varian transmisi CVT premium. Sebab kami dah ceritakan kos servis City, Almera, dan juga Vios, adalah lebih adil untuk kita semak kos servis Proton Persona.

1. Minyak pelincir – kos penukaran minyak enjin hanyalah RM 104.83 dengan menggunakan minyak Petronas 800 SE 10W-30 semi sintetik API SN. Mengikut laman sesawang Proton, sela masa servis ialah pada setiap 10,000km

2. Penapis minyak enjin -perlu ditukar setiap kali servis dengan kos RM13.06 sahaja. Ketika ini juga anda perlu menukar drain plug gasket dengan harga RM 3.02 sahaja.

3. Penapis udara enjin – atau lebih dikenali dengan nama air filter perlu ditukar pada setiap perbatuan 20,000km. Harganya ialah RM 17.78 sahaja

4. Palam pencucuh – atau spark plug perlu ditukar pada setiap 30,000km. Satu set spark plug berharga RM 51.00 sahaja. Ketika ini juga cecair penyejuk enjin atau coolant perlu ditukar dengan harga RM 45.01

5. Penapis bahan api – atau fuel filter perlu juga ditukar pada 30,000km. Jangan risau sebab harga alat ini ialah RM 39.10 murah sahaja

6. Cecair brek – atau brake fluid akan disalin pada 40,000km dan kos penggantian ialah RM 39.62

7. Minyak CVT – atau cecair hidraulik CVT akan diservis pada 60,000km. Proton Persona memerlukan 5 liter minyak CVTF setiap kali servis dengan harga RM 170.54. Transmission Oil Filter juga perlu ditukar dengan harga RM 156.12

8. FEAD Belt – maaf kami tak pasti ia merujuk pada tali sawat mana, tapi tekaan kami FEAD Belt ini merujuk kepada tali sawat yang menyambung antara enjin, alternator, dan juga pemampat penyaman udara. Ia perlu ditukar pada 100,000km dengan harga RM 66.99.

9. Timing Belt Kit – atau tali sawat pemasaan perlu ditukar pada 110,000km dengan kos RM 334.68

10. Manual Transmission Oil – ya kalau anda membeli varian manual, anda perlu menukar minyak pelincir untuk gear manual pada 100,000km dengan kos RM 139.23.

11. Tayar – Persona Premium menggunakan tayar bersaiz 185/55 R15, harga dia boleh tarik nafas lagi. Bagi jenama biasa, anda boleh jumpa dengan harga RM 160. Tapi kalau jenama premium boleh cecah RM 200 dan ke atas. Harga ini boleh bincang dan tak perlu pakai tayar jenama murah-murah

12. Paling mahal kos servis Persona ialah ketika perbatuan mencecah 60,000km iaitu mencecah sehingga RM 812.85 kerana ketika ini anda perlu menukar palam pencucuh, penapis udara, cecair penyejuk enjin, fuel filter, cecair CVTF, transmission oil filter, dan juga drain plug.

Google ads
Back to top button