Buletin

PROTON X70 MENANG KERETA TERBAIK 2019!

Proton terus mendapat pengiktirafan melalui barisan produknya apabila Proton X70 dinobat sebagai pemenang kategori kenderaan Crossover kelas Pertengahan & SUV 5-Kerusi serta Kereta Terbaik Keseluruhan tahun
2019 dalam Anugerah Cars of the Year Malaysia ke-18.

Model terkini Syarikat iaitu Proton Saga turut membawa pulang anugerah bagi kategori Sedan & Hatchback Aras Mula.

Anugerah Kereta Terbaik yang diraih Proton X70 bagi tahun 2019 merupakan kemenangan pertama bagi sebuah kereta Proton untuk anugerah yang berprestij seperti itu.

Prestasi jualan model itu yang kukuh pada 2019 telah meletakkan Proton di carta teratas dalam segmen SUV premium dan eksekutif, dan pada masa yang sama membantu membina semula imej syarikat tersebut.

“Proton X70 adalah model yang telah mengembalikan semula kebanggaan dan keyakinan Syarikat sebagai pengeluar kereta nasional di Negara ini. Model ini juga telah menarik semula perhatian pelanggan untuk berkunjung ke pusat-pusat pameran PROTON dan model yang kami pandu uji adalah berkualiti tinggi.

“Kami menjangkakan kualiti yang lebih baik atau setaraf apabila ia dihasilkan di Tanjung Malim,” kata Chips Yap, Juri Kanan bagi kategori Kereta Terbaik Malaysia.

Google ads
Back to top button