Artikel Pilihan

INI CARA MENCEGAH CATALYTIC CONVERTER DICURI PADA KENDERAAN ANDA

Kes kecurian penukar pemangkin atau catalytic converter pada kenderaan adalah semakin meningkat. Isu tekanan ekonomi, COVID-19 dan kesukaran mendapat pekerjaan adalah beberapa punca yang dikenalpasti sebagai faktor utama kes jenayah kecurian komponen kenderaan ini menjadi semakin kerap.

Tambahan pula penukar pemangkin berada di bahagian bawah kenderaan, tidak dilindungi dan mudah diakses menjadikannya ia sasaran mudah pada pencuri yang mahukan keuntungan mudah. Bagi kenderaan dengan trenkuasa hibrid, ia lebih banyak dipasang dengan pelbagai reaktif yang mahal harganya seperti platinum yang menjadi buruan pencuri

Pencuri hanya perlu menyelinap di bawah kereta anda dan memotong penukar pemangkin dengan gergaji besi. Namun beberapa syarikat telah membangunkan aksesori tambahan bagi menjamin keselamatan penukar pemangkin kereta anda agar ia sukar untuk dicuri.

Aksesori pencegah kecurian ini mungkin masih boleh diatasi, tapi jika pencuri mendapati kereta anda dipasang dengan peralatan ini yang agak sukar untuk dibuang lebih baik dia mensasarkan kereta lain berbanding dengan kereta anda kan. Antara peralatan pencegahan kecurian ini termasuklah:

1. Sistem penggera khas catalytic converter – dijual di ebay pada harga sekitar RM 130, penggera ini hanya perlu dipasang pada komponen kereta dan diaktifkan selepas anda memarkir kereta. Penggera ini akan dilengkapi dengan pengesan pergerakan yang akan mengaktifkan amaran bunyi, cukup untuk mengejutkan pencuri.

Kelemahan dia ialah ia masih boleh dicabut oleh pencuri durjana dan sebarang pergerakan yang tidak sengaja boleh menyebabkan penggera diaktifkan.

2. Pelindung catalytic converter-sebagai contoh dari jenama CatClamp MAXX ini mendakwa ia menggunakan bahan yang sangat kuat dan mustahil untuk dirosakkan oleh gergaji besi biasa. Ia direka supaya sesuai dengan semua jenis kenderaan daripada trak sehinggalah kereta kompak.

Keluli tahan karat yang digunakan cukup tebal dan menghalang pencuri daripada mengambil catalytic converter anda melainkan dia perlu memotong dawai CatClamp MAXX

3. Pelindung besi underbody/undercarriage – direka khusus untuk model hibrid seperti Toyota Prius dimana pemilik hanya perlu memasang pelindung ini dengan menggunakan bolt dan nut. Ia melindungi bahagian bawah dengan baik terutama di bahagian catalytic converter dipasang

Tapi kelemahan utama alat ini ialah ia masih boleh dibuka jika pencuri betul-betul nekad untuk mencuri. Pemasangan alat ini sekurang-kurangnya akan menyebabkan pencuri mengambil masa yang lama untuk membuka catalytic converter.

Antara kandungan bahan berharga dalam cataytic converter termasuklah platinum, paladium, rhodium, dan juga serium yang amat sukar didapati dan mahal. Fungsi utama catalytic converter ialah menukar pelepasan asap yang berbahaya seperti karbon monoksida, asap jelaga dan juga nitrogen dioksida daripada terbebas ke alam sekitar

Google ads
Back to top button