Buletin

GWM TAWAR KENDERAAN TENAGA BAHARU, TEKNOLOGI PINTAR TERKINI DI MALAYSIA, BUKAN SEKADAR MAMPU MILIK

Sejak tiba di pasaran Malaysia setahun lalu, Great Wall Motor (GWM) menawarkan pengalaman baharu dalam memberi keutamaan terhadap pelanggan melalui mobiliti pintar dan mampan yang menepati citarasa serta keperluan pengguna.

Di Malaysia, GWM membangunkan pasaran negara ini mengikut strategi tenaga baharu rantau ini. Pada masa sama mematuhi penyampaian nilai teras tenaga baharu dan teknologi pintar terkini.

Untuk rekod, GWM kini mempunyai lima jenama automotif iaitu HAVAL, WEY, ORA, TANK dan GWM CANNON pick-up.

Model pertama diperkenalkan di Malaysia ialah ORA GOOD CAT yang membuat debut rasmi pada November tahun lalu.

Lebih menarik, Ora Lighting Cat dijangka tiba di pasaran tempatan tahun hadapan. 

Selain itu, sebuah lagi model yang cukup dinanti-nantikan oleh peminat jenama GWM, CANNON telah pun dibuka untuk tempahan pada Ogos lalu.

Dari segi reka bentuk, GWM Haval menggunakan konsep reka bentuk futuristic. Ini merangkumi gril berbentuk segi empat pada bahagian hadapan yang tampil agresif dengan padanan tiga bar melintang berkembar dan rivet.

Beralih kepada model GWM Tank pula, jentera berkenaan dibina di atas platform ladder-on-frame.

Selain itu, GWM bakal memperkenalkan GWM WEY dalam segmen mewah.

KETERSEDIAAN GWM DI PASARAN MALAYSIA.

Memiliki 15 rangkaian pengedar sah di Malaysia, GWM kini menyasarkan untuk meningkatkan liputan rangkaian mereka kepada 30 cawangan pada separuh pertama 2024.

GWM juga dilapor sedia memberi tumpuan kepada rakan kongsi pengedar berkualiti tinggi yang membangunkan pusat 4S. Sekali gus dapat meningkatkan pengalaman pemilikan termasuk menyediakan pusat alat ganti yang lebih baik kepada pelanggan.

Sehubungan itu, Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn. Bhd. (GWM Malaysia), anak syarikat Great Wall Motor Co., Ltd. (GWM), baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama EP Manufacturing Berhad (EPMB) melalui anak syarikatnya, PEPS-JV (Melaka) Sdn. Bhd.

EPMB dan GWM Malaysia bekerjasama untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh tiga bulan akan dating. Ia bertujuan memberi peranan penting kepada EPMB untuk memasang model-model GWM yang terpilih secara tempatan.

Kerjasama tu dijangka memainkan peranan penting dalam rancangan GWM Malaysia di rantau ASEAN untuk terus meningkatkan kehadirannya di pasaran menerusi rangkaian infrastruktur jualan, servis selepas jualan serta penyelenggaraan yang komprehensif.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, GWM bakal memperkenalkan model Haval H6 CKD dan dijangka diberi tanda harga yang kompetitif iaitu sekitar RM150,000. 

Sempena sambutan ulang tahun pertama GWM di pasaran Malaysia, GWM akan menawarkan rebat RM20,000 bagi pelanggan yang menempah ORA GOOD CAT dalam warna terpilih pada bulan ini.

Melihat perkembangan semasa segmen kenderaan elektrik di Malaysia, sudah tentu ia semakin rancak terutamanya jenama seperti GWM dengan lebih 33 tahun kepakaran dalam pembuatan kereta, menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna. 

Selain tawaran harga berbaloi, kualiti binaan, teknologi ciri utama yang canggih turut menjadi nilai tambah kepada sesuatu produk. 

Maklumat lanjut mengenai GWM, tawaran serta acara-acara terdekat, anda boleh melayari https://www.gwm.com.my/ 

Google ads
Back to top button