Buletin

CHERY MALAYSIA LANCAR BILIK PAMERAN 4S TERBESAR DI MALAYSIA DI JOHOR BAHRU

Setelah melancarkan bilik pameran 4S utama di Kuantan hujung minggu lalu, Chery Malaysia terus melangkah maju apabila merasmikan bilik pameran 4S terbesar di Malaysia di Medini, Johor Bahru.

Bilik pameran 4S di Medini, Johor Bahru, menawarkan kemudahan yang canggih, termasuk jualan, servis, alat ganti, perkhidmatan badan dan cat.

Menurutnya, bilik pameran 4S utama ini direka untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman Chery yang lancar dan komprehensif.

Dengan tumpuan pada reka bentuk mesra alam dan cekap tenaga, bilik pameran utama baharu ini juga adalah bukti komitmen Chery terhadap kelestarian.

Mengenai Pratonton Eksklusif Model terbaharu Chery – OMODA E5, wakil Gagner Auto Sdn Bhd, Janessa Kuek berkata, “kami sangat berbangga menjadi outlet pertama di seluruh wilayah selatan yang mengadakan pelancaran eksklusif model Omoda E5.

“Ini menandakan pencapaian penting dalam komitmen kami untuk memperkenalkan inovasi automotif termaju kepada pelanggan.”

“Pratonton eksklusif ini bukan sahaja mempamerkan komitmen Chery terhadap teknologi termaju tetapi juga menandakan Gagner Auto Sdn Bhd sebagai bilik pameran Chery pertama yang memperkenalkan dan mempromosikan kenderaan elektrik di Wilayah Selatan Malaysia.”

Google ads
Back to top button