RASMI: AVETA BAWA PEUGEOT MOTOCYCLES KE MALAYSIA
AVETA International Sdn Bhd dengan rasminya mengumumkan kerjasama strategik dengan jenama motosikal Perancis, Peugeot Motocycles.
Kerjasama baharu ini menyaksikan AVETA bakal mengedarkan motosikal Peugeot Motocycles ke pasaran tempatan dengan pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada suku pertama 2026.

Menurut AVETA, terdapat perancangan untuk membuka pusat pameran perdana Peugeot Motocycles di beberapa lokasi strategik seluruh negara.
Untuk rekod, Peugeot Motocycles merupakan pengeluar skuter teruta di dunia selepas ditubuhkan pada 1898. Antara model yang ditunggu-tunggu tentunya terarah pada skuter adventure, XP400.

Ketika ini, motosikal Peugeot Motocycles dihasilkan di empat negara, Perancis, China, India dan Vietnam (menerusi kerjasama dengan THACO).









