
AVETA LANCAR NOVA 160 SE DENGAN WARNA MANTIS GREEN – HANYA 1,000 UNIT, RM8,088
AVETA Global Marketing Sdn Bhd membuka tirai 2026 dengan memperkenalkan warna baharu bagi Nova 160 SE.
Sempena tahun baharu, Nova 160 SE kini didatangkan dengan warna hijau edisi terhad yang diberi nama Mantis Green yang dihadkan kepada 1,000 unit sahaja.

Lebih menarik, Nova 160 SE dengan warna Mantis Green ini juga mempunyai nombor siri bermula dari 0001/1000 sekaligus mewujudkan pengalaman pemilikan yang eksklusif bagi peminat motosikal AVETA.
Dalam pada itu, AVETA turut memperkenalkan warna Cosmic Purple yang merupakan warna baharu bagi Nova 160 SE.

Menurut Aveta, versi Mantis Green akan ditawarkan secara eksklusif di pengedar Aveta Preferred seluruh negara manakala warna Cosmic Purple akan ditawarkan di semua pengedar rasmi Aveta bermula minggu ketiga Januari 2026.
Lebih menarik, walaupun Nova 160 SE dengan warna Mantis Green diterhadkan kepada 1,000 unit sahaja namun harga ditawarkan kekal dengan RM8,088 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Untuk rekod, versi SE ini merupakan varian yang telah dinaik taraf dan didatangkan dengan ABS dwi-saluran serta traction control yang boleh dipadamkan.
GALERI: AVETA NOVA 160 SE MANTIS GREEN






GALERI: AVETA NOVA 160 SE COSMIC PURPLE













