
1227KM BERSAMA CHERY TIGGO 8 PHEV. BERANI REKEMEN BRO
Ada jenis perjalanan yang kita ingat akan menjadi perjalanan biasa yang tipikal. Jalan jauh, rentas hujan, pecut di lebuh raya, berhenti makan dan sampai. Tapi perjalanan sejauh 1,227km pada minggu lepas bersama Chery Tiggo 8 PHEV memang menggamit memori.
Bukan sebab perjalanan tersebut terlalu mencabar, tapi gabungan cuaca, keadaan jalan, dan perasaan cemas apabila melihat meter bahan api seolah olah semua elemen tadi berpakat untuk menuji SUV ini dari setiap sudut, termasuk kesabaran dan tahap kesihatan penulis sekali.
Perjalanan bermula di Bamboo Hills waktu pagi 25 November lepas. Keadaan trafik masih tekawar dan Tiggo 8 PHEV masuk ke lebuhraya DUKE dengan gaya meyakinkan seperti pemandu sudah menghafal semua laluan terlibat.
Ujian sebenar bermula apabila kami mula mendaki lebuhraya Karak menuju ke Terowong. Penulis menekan pedal minyak dengan halus dan berhati-hati. Masing masing ingin tunjuk hero, bukan laju. Tapi nak tunjuk siapa lagi hebat kawal penggunaan tenaga dan bahan api.

Misi penulis adalah mudah. Pastikan enjin 1500cc turbo ini hidup untuk caj bateri sahaja. Bukan untuk menggerakkan roda SUV. Memasuki Lebuhraya Pantai Timur 1 pemanduan menjadi semakin mudah dan lancar disebabkan jalan menjadi semakin landai memudahkan penulis melakukan teknik “coasting”.
Semasa sesi memandu pertama ni, penulis rasa inilah momen di mana SUV ni mula tunjuk kelebihannya. Kombinasi enjin 1.5 TGDI dengan kombinasi dua motor elektrik membuatkan SUV 7 tempat duduk ini terasa jauh lebih ringan daripada rupa luarannya. Pickup dia pula, ya Allah, 365 Nm tu memang bagaikan sebuah kereta sport.
Tapi kekurangannya pula iala rasa stering sedikit ringan, mungkin terlalu ringan pada pandangan penulis walaupun dalam tetapan SPORT. kalau sistem Electric Power Stering boleh ditala 15% lebih berat tapi demografi jualan SUV ini adalah SUV keluarga. Bukannya untuk dipandu di litar Sepang
Kami berhenti sekejap di Temerloh bagi penukaran pemandu dan selepas itu terus bergerak ke Kuantan untuk makan tengah hari. Dengan strategi bijak penulis, penulis boleh berehat selepas makan tengahari di barisan tempat duduk di belakang dan kami sambung perjalanan ke LPT2 menuju Kuala Terengganu.

Memasuk negeri Terengganu, hujan menyambut kami dengan penuh mesra. Hari bertukar gelap, menjadikan perjalanan terasa lebih dramatik. Tapi Chery Tiggo 8 PHEV ni memang suka buat kejutan, walaupun hujan lebat, kabin kekal senyap pada 56db, kusyen masih selesa, dan sistem Chery Super Hybrid PHEV langsung tidak penat.
Sistem Chery Super Hybrid sentiasa mengekalkan keadaan bateri supara berada dalam julat 25% ke 30%, menghidupkan enjin dan mematikan enjin apabila perlu untuk mengecaj bateri, yang bateri ini akan menggerakkan motor elekrik tanpa letih sepanjang perjalanan
Pengembaraan memasuki hari kedua apabila kami gerak dari Hotel Raia. Hujan masih reda dan penulis jangkakan hujan bermula sejak pukul 3 pagi lagi. Kami memandu dalam loose konvoi menggunakan jalan persekutuan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, dari Kuala Nerus ke daerah Setiu.
Apabila tiba di Sungai Tong iaitu kawasan popular banjir, jantung berdegup kencang sedikit disebabkan kelihatan air sungai sudah penuh dan ada rumah yang susah dinaiki air Tapi nasib menyebelahi kami, jalan masih boleh dilalui seperti biasa.

Perjalanan diteruskan ke daerah Besut, terus merentasi sempadan negeri Kelantan–Terengganu, dan konvoi berhenti seketika di stesen petrolBHP Machang untuk penukaran pemandu. Seperti biasa perjalanan disulami hujan. Kadang kala renyai macam drama Korea, dan boleh berubah menjadi lebat seperti filem Fast & Furious versi banjir.
Mujur pada permulaan perjalanan semalam kami sudah menyapu cecair Rain Act pada cermin depan untuk mengurangkan kesan air hujan dan menjadikan kadar penglihatan bertambah baik, kalau tak memang agak sukar memandu dalam hujan
Dari Machang sampai Tanah Merah dan Jeli, banyak kawasan air bertakung. Ada rumah yang sudah dinaiki air, situasi yang sama seperti di Setiu. Kami singgah Petron Jeli untuk toilet break dan kesempatan itu kamu juga sempat melihat sendiri pengecaj DCFC Electron TNB yang baru dipasang.
Memang satu kemajuan besar sebab kawasan ni sebelum ni ibarat “padang jarak padang tekukur” untuk EV. Bermula dari Batu Melintang kami memulakan pendakian Jalan Raya Timur–Barat dengan berhati hati disebabkan hujan dan jalan licin.

Hujan masih setia menemani, kadang-kadang kabus hadir sekali menuju ke destinasi Tasik Banding untuk makan tengah hari di Belum Rainforest Resort. Dalam perjalanan, nampak sebuah Vios terbabas. Terus menghadirkan rasa insaf dalam jiwa, dan Tiggo 8 PHEV pula semakin buat kami rasa yakin sebab walaupun jalan basah, SUV ni tidak gelabah.
Selesai makan, kami turun ke pekan Grik dan melakukan driver change terakhir untuk hari kedua. Laluan Grik ke Baling dan Sik memang jauh sikit, tapi ini strategi selamat untuk mengelakkan banjir di Kulim. Dari Sungai Petani kami terus ke Butterworth untuk bermalam. Ketika ini badan masih steady, tapi esok pagi lain cerita
Masuk hari ketiga, tubuh penulis mula hantar mesej amaran. Bukan lampu amaran minyak macam kereta, tapi yang lagi menakutkan tapi cirit-birit dan rasa seperti hendak demam. Dengan penuh keinsafan, penulis serah stereng pada rakan media yang lain.
Dari Penang sampai Ipoh hujan renyai-renyai sahaja. Tapi selepas tinggalkan Ipoh, hujan turun macam dengan lebat sekali. Menghampiri Tol Sungai Buaya, hujan semakin menggila. Pengelap cermin depan bekerja dengan ciri Auto seperti hendak terbang dari cermin.

Tapi ajaibnya Traction Control dan ESC kereta tetap tenang. Hanya lampu amaran sensor ADAS menyala menyatakan cuaca mengganggu operasi. Lampu minyak pula menyala sebelum Tol Rawang, tapi kami teruskan juga. Dan akhirnya misi 1,200 km berjaya disempurnakan dengan jayanya, walaupun cuaca macam cuba buat plot twist semasa kami menghampiri Tol Rawang
Selepas tiga hari memandu, apa yang penulis sedar ialah betapa bijaknya sistem hibrid Tiggo 8 PHEV ni. Mod pemanduan dia berubah secara lancar dan pemandu tak perlu tahu pun apa yang sistem buat. Kadang-kadang kereta guna EV mode, boleh bertukar kepada series mode bila enjin mengecaj bateri dan motor pula gerakkan roda.
Chery Super Hybrid juga beroperasi dalam parallel mode apabila enjin dan motor beroperasi sekali. Bila dipandu laju, enjin boleh memacu terus pada roda. Semua ni berlaku tanpa kami perasan pun. Brek regenratif ditawarkan dalam tiga tahap, jadi anda boleh pilih mana yang sesuai.

Bahagian kabin pula memang selesa dengan mencatatkan bacaan 56dB kadar kebisingan. Dua hingga tiga jam memandu badan penulis masih lagi OK. Cuma kusyen barisan kedua rendah sikit, menyebabkan penulis rasa macam tenggelam, tapi masih selesa. Butang-butang fizikal untuk aircond, mod pemanduan, EV mode turut disediakan.
Tak perlu tekan skrin macam hendak main game Candy Crush. Chery menawarakan bateri berteknologi tinggi pula ada rating IP68, jadi bila melalui kawasan air bertakung yang munasabah tu, tak ada rasa gelisah. Salah satu sebab lain ialah Chery Tiggo 8 PHEV ini mampu meredah air pada kedalaman 500mm
Keyakaninan penulis pada jenama Chery mula bertambah apabila Chery menawarkan jaminan pengeluar selama 7 tahun atau sejauh 150,000km. Bagi sistem bateri dan hibrid, jaminan adalah sejauh 160,000km atau selama 8 tahun. Untuk sebuah SUV RM159,800, itu memang satu pakej yang susah nak cari.
Chery Super Hybrid dalam Tiggo 8 PHEV ini berjaya membuat penulis membuka mata. Kalau dulu penulis tengok Chery sebelah mata je, sekarang dua-dua mata terbuka. Lepas 1,200 km yang penuh hujan, banjir, bukit, highway dan drama perut, penulis boleh kata dengan yakin ini SUV yang saya berani cadangkan pada anda
Kalau dulu, ini adalah kenderaan orang kaya sahaja. Namun Chery berjaya menawarkan teknologi PHEV untuk semua rakyat Malaysia


