
RASMI: QJMOTOR SRK 250 R KINI DI MALAYSIA – RM9,988
MForce Bike Holdings dengan rasminya memperkenalkan QJMotor SRK 250 R untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan RM9,988.
Pelancaran SRK 250 R itu sudah pun dijangka selepas pihak MForce memperkenalkan versi ‘naked’ menerusi SRK 250 S sebelum ini.

Menggerakan SRK 250 R adalah enjin satu silinder 249cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 27.9hp pada 9,500rpm dan 22.5Nm pada 7,250rpm. Untuk rekod, platform diguna pakai adalah enjin sama yang terdapat pada SRK 250 R.

Rata-rata kelengkapan yang ditawarkan pada SRK 250 R adalah sama yang terdapat pada SRK 250 S antaranya fork USD, ABS dwi-saluran, cakera brek 300mm depan dan 240mm belakang, rim 17-inci depan dan belakang, serta tangki bahan api berkapasiti 12.5L.
Namun begitu, memandangkan SRK 250 R didatangkan dengan panel badan yang penuh, motosikal segmen sportsbike ini lebih berat dengan 162kg berbanding 148kg yang ditawarkan SRK 250 S.

Perincian lain ditawarkan termasuk lampu LED penuh depan dan belakang serta paparan meter digital LCD, penyerap hentak belakang boleh laras, slot pengecas USB serta lampu kecemasan.