Motosikal

QJMOTOR KEMAS KINI REKA BENTUK SRK 450 RR BAGI TAHUN 2026 – 76HP, 39NM

Selepas hanya setahun dalam pasaran dan menerima pelbagai maklum balas, QJMOTOR membuat keputusan untuk mereka semula reka bentuk SRK 450 RR bagi tahun 2026.

*QJMotor SRK400RR dengan enjin 4-silinder
*reka bentuk asal QJMotor SRK 450 RR

Menurut dokumen kelulusan jenis (VTA) yang difailkan di China, reka semula SRK 450 RR itu memfokuskan bahagian hadapan melibatkan lampu dan panel sisi.

Berdasarkan gambar yang dilampirkan, SRK 450 RR yang telah dikemas kini itu kali ini hadir dengan reka bentuk hadapan yang lebih konvensional dan mengikut standard sportsbike sedia ada.

*reka bentuk bahagian hadapan telah direka semula bagi tahun 2026

Lampu hadapan mirip pengayaan BMW S 1000 RR dan Ducati Panigale V4 sementara panel sisi kini dilengkapi dengan ‘winglet’. Secara keseluruhan, reka bentuk terbaru ini kelihatan lebih universal.

Selain reka bentuk hadapan yang telah direka semula, QJMotor masih mengekalkan rekaan yang sama bagi bahagian belakang. Model baharu ini juga menawarkan brek Brembo.

Dalam pada itu, model baharu ini kekal dikuasakan enjin empat silinder 421cc yang berupaya menjana 76hp pada 14,000rpm dan 39.3Nm pada 13,000rpm.

Untuk rekod, SRK 450 RR ini merupakan jawapan QJMotor bagi menyaingi Kawasaki Ninja ZX-4RR.

Google ads
Back to top button