Motosikal

RASMI: QJMOTOR SRK 250 S DILANCARKAN – RM9,888

MForce Bike Holdings memperkembang tawaran motosikal satu silinder 250cc mampu milik untuk pasaran tempatan kali ini menerusi QJMotor SRK 250 S dengan harga jualan rasmi hanya RM9,888.

Atas kertas, SRK 250 S dipacu enjin satu silinder 249.2cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 27.9hp pada 9,500rpm dan 22.5Nm pada 7,250rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk fork depan jenis upside/down, cakera brek tunggal 300mm depan dan 240mm belakang masing-masing dipadankan dengan ABS secara standard.

Meskipun hadir dengan harga mampu milik namun motosikal ini masih lagi menawarkan kelengkapan premium antaranya panel meter digital. Pelanggan yang mencari motosikal tunggangan harian juga akan menghargai saiz tangki bahan api yang besar dengan kapasiti 12.5L.

Atas kertas, berat keseluruhan motosikal ini hanya 148kg sekaligus sesuai untuk penunggang lelaki dan wanita.

Google ads
Back to top button